KARI SOTONG

More
11 years 2 months ago #24651 by khumaira
KARI SOTONG was created by khumaira






KARI SOTONG

BAHAN:

6-8 ekor sotong (sederhana besar)
1 ulas bawang merah
hiris
1 ulas bawang putih
hiris
1/2 biji bawang besar
hiris
1/2 inci halia
hiris
satu tangkai daun kari
2 biji lada besar
2 sudu makan serbuk kari
satu sudu makan serbuk kurma
sedikit air asam jawa
secubit garam
1 sudu makan cili boh
1 batang kulit kayu manis

CARA:

Panaskan minyak, tumis bawang besar bersama secubit garam.
Apabila dah naik bau, masukkan kulit kayu manis, bawang putih, bawang merah, halia, cili boh dan daun kari. tumis hingga naik bau

Kemudian, masukkan sotong dan serbuk kari serta serbuk kurma. tambah sedikit air jika perlu.
Kacau dan terus tutup periuk untuk satu minit. (kecilkan api)

Terus masukkan santan, lada besar dan kiub pati ayam. kacau hingga mendidih
Masukkan gula dan air asam jawa secukup rasa.
Bolehlah diangkat dan terus dihidangkan. ( pd sesiapa yg sukakan tomato blh jg dimasukkan sekali.........
Attachments:

Please Log in or Create an account to join the conversation.

Moderators: khumaira
Time to create page: 0.153 seconds