UDANG GORENG BERSALUT TELUR

More
11 years 2 months ago #24652 by khumaira






UDANG GORENG BERSALUT TELUR

BAHAN:

Udang besar 8 - 10 ekor yang siap dibersihkan (jgn buang kulit dan kepala, hilang kerangupannya)
TAPI CUCI BERSIH2 TAU.
2 biji telur
2 sudu besar tepung ubi
1/2 sudu teh serbuk lada berperisa
1/2 sudu teh gula
1 sudu teh kicap
Minyak untuk menggoreng
Garam secukup rasa

SOS PENCICAH:

4 biji cili merah besar
ditumbuk/dikisar
2 sudu besar gula
ditumbuk/dikisar
2 ulas bawang putih
ditumbuk/dikisar
1 sudu besar perencah udang bercili (Maggi)
4 biji limau kasturi (boleh diganti dengan 1 sudu besar cuka)

CARA:

Gaul udang dengan tepung ubi sampai sebati.
Gaulkan serbuk lada, gula, kicap dan garam secukup rasa.
Setelah itu, campurkan telur dan bahan-bahan campuran tadi dengan udang yang bersalut tepung ubi. Gaulkan hingga sebati.

Goreng satu persatu udang tersebut.
Untuk penyediaan sosnya pula, bahan-bahan sos pencicah tadi ditumis dan masukkan perencah udang bercili Maggi. Kemudian rembeskan limau kasturi. Kacau sekejap. Itu saja.......
Attachments:

Please Log in or Create an account to join the conversation.

Moderators: khumaira
Time to create page: 0.194 seconds