SIPUT SEDUT / KOYONG MASAK KICAP

More
11 years 2 months ago #24653 by khumaira






SIPUT SEDUT/KOYONG(siput* org sarawak gelar koyong)

BAHAN:

1 mangkuk koyong
1 batang serai
3 ulas bawang merah
1 ulas bawang putih
1/2 inchi halia
1 sudu cili kisar
Sedikit sos tiram
Sedikit Kicap Masin Adabi

CARA:

Koyong di bersihkan DAN di tetak sedikit hujung nya - kalau tidak tak boleh sedut isi nya nanti.
Serai di titik. Bawang merah, putih dan halia di tumbuk.

Panas kan sedikit minyak, tumis serai sehingga wangi. Masukkan bahan yang di tumbuk dan cili kisar. Goreng sehingga wangi.

Masukkan sos tiram dan kicap. Masukkan sedikit air - lebih kurang 1/2 mangkuk. Apabila menggelegak masukkan koyong. Jangan masak lama sangat, nanti isi nya liat.
Siappp.....dan boleh lah di hidangkan dengan nasi panas...:woohoo:
Attachments:

Please Log in or Create an account to join the conversation.

Moderators: khumaira
Time to create page: 0.137 seconds