KETAM GORENG LADA HITAM

More
10 years 1 month ago #33063 by khumaira






Bahan bahan:

2 ekor ketam biru
Sedikit butter
2 ulas bawang merah - dimayang
2 ulas bawang putih - dihiris halus
1 ulas bawang besar - racik
1 sudu besar lada hitam - ditumbuk kasar
1 tangkai daun kari
2 sudu besar kicap pekat
2 sudu besar sos tiram
Garam
Gula

Cara:

1. Ketam dicuci bersih dan dipotong 2. Sepit ketam diketuk sedikit. Goreng ketam
sehingga separuh masak, ketepikan dulu.

2. Panaskan kuali, masukkan butter, semua jenis bawang, kicap, sos tiram, lada
hitam dan daun kari. Tumis sehingga naik bau. Perasakan.

3. Masukkan ketam yg telah digoreng dan masak lebih kurang 5-10 minit atau
sehingga masak.
Attachments:

Please Log in or Create an account to join the conversation.

Moderators: khumaira
Time to create page: 0.169 seconds