UDANG BERCILI KASTURI

More
10 years 1 month ago #33068 by khumaira






Bahan-bahan ( 5 - 6 orang )

1/2 kilo udang sederhana besar
1 batang serai - diketuk
3 biji limau kasturi - diambil jusnya
garam dan gula secukup rasa

Bahan Kisar Kasar Sedikit:-

6 biji cili merah (buang bijinya)
5 ulas bawang merah
1-2 ulas bawang putih
1 cm halia
1 cm kunyit hidup

Cara-cara

* Bersihkan udang dan gaul udang dengan sedikit garam dan serbuk kunyit.
Goreng sebentar, angkat dan ketepikan.

* Panaskan minyak dalam kuali, masukkan bahan kisar. Perlahankan api dan kacau
hingga cili naik minyak dan garing sedikit.

* Masukkan serai dan sedikit air. Masak sebentar biar agak kering dan serai layu.
Masukkan garam dan sedikit gula.

* Masukkan udang dan kacau rata dengan cili.

* Tutup api dan masukkan jus kasturi dan kacau rata. Hidangkan.
Attachments:

Please Log in or Create an account to join the conversation.

Moderators: khumaira
Time to create page: 0.186 seconds