PAJERI NANAS

More
11 years 2 months ago #24229 by khumaira
PAJERI NANAS was created by khumaira





PAJERI NANAS

BAHAN:

1 biji nenas [potong kecil]
3 cawan santan pekat [1 biji kelapa]
1 inci halia ]
5 ulas bawang merah ] tumbuk
2 ulas bawang putih ]
1 sudu besar udang kering [tumbuk]
1 inci cm kulit kayu manis
6 sudu besar rempah kari ikan [bancuh ngan air]
4 sudu besar minyak
2 sudu besar gula merah/putih
2 sudu besar kerisik
Garam secukup rasa

Cara membuat
1. Panaskan minyak dalam periuk dan tumiskan bahan tumbuk, kulit kayu
manis dan rempah kari yang digaul dengan air.
2. Masukkan kerisik dan nenas. Kacau supaya rempah tidak melekat pada
periuk.
3. Masukkan santan dan garam serta gula merah/pasir.
4. Masak hingga kuah pekat dan naik minyak

Nota Tambahan
Selain daripada nanas, terung panjang, terung peparu, mangga atau
buah kedondong juga boleh digunakan untuk masakan pajeri.:)
Attachments:

Please Log in or Create an account to join the conversation.

Moderators: khumaira
Time to create page: 0.353 seconds