KUAH LODEH/LONTONG

More
11 years 2 months ago #24234 by khumaira
KUAH LODEH/LONTONG was created by khumaira




KUAH LODEH/LONTONG


BAHAN SAYURAN:
1/2 biji kobis
[potong kecil]
5 batang kacang panjang
[potong pendek]
2 biji terung bulat/panjang
[potong kecil]
3 biji kentang
[potong kecil]
1 biji carrot
[potong kecil dan pendek]
Tauhu
[gorengkan dan potong dadu]
Tempe
[potong kecil dan gorengkan]
ubi sengkuang
[potong pendek dan kecil]
cili merah
[hiriskan]
bawang besar
[mayangkan/hiris bulat]
suhun dan fucuk
[rendamkan supaya lembut]

BAHAN KISAR:
5 biji cili merah + ciliapi sikit
5 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
3 tangkai serai
1 inci lengkuas
1 inci kunyit hidup

BAHAN LAIN:
1 biji kelapa [amik 5 cawan santan]
250 gm udang basah
minyak [tumis]
garam

CARA2NYA:
1. Panaskan minyak dan tumiskan bahan kisar sehingga wangi.
2. Masukkan udang, santan dan sayuran yg keras dan biarkan sehingga lembut.
3. Bila dah lembut masukkan sayuran lain dan garam.
4. Bila dah lembut dan rasakan garamnya.
5. Hidangkan dengan serunding daging atau rendang ayam dan juga sambal
kuah kacang.


INI PEBRET UMAI.WAT SARAPAN BEST NI...
ALAMAKKK...KENA WAT NI.DH KECOR AIR LIUR....:laugh:
Attachments:

Please Log in or Create an account to join the conversation.

Moderators: khumaira
Time to create page: 0.359 seconds