KELADI MASAK ASAM

More
12 years 5 months ago #24544 by khumaira
KELADI MASAK ASAM was created by khumaira





KELADI MASAK ASAM

BAHAN:

150 g ikan pari masin(dipotong 2cm,rendam 30 minit)jika xde ikan masin
jenis apa pun boleh)
2 pokok keladi
2 ulas bawang putih************
6 biji bawang merah kecil******
3 biji cili merah**************(BAHAN DIKISAR)
1 inci kunyit hidup************
1/2 cawan ikan bilis, direndam*
1/2 cm belacan*****************
1 sudu besar asam jawa, rendam dgn 1/2 cawan air
Secekak daun kesum/cenohom
Sedikit minyak utk menumis
Garam dan gula secukup rasa

CARA:

Asingkan ubi keladi dan batangnya. Bersihkan ubi keladi dan potong kecil. Potong batang keladi anggaran 3 inci dan buang kulit selaputnya. Dalam periuk masukkan isi keladi bersama 2 keping asam dan sedikit garam, rebus hingga keladi 1/2 masak.

Masukkan btg keladi dan celur bersama2 isinya tadi selama 1 minit. Angkat dan toskan.buang air celur tu.

Dalam periuk, masukkan sedikit minyak dan tumis bhn2 kisar hingga wangi, masukkan ikan masin dan kacau goreng 1- 2 minit. Tuang air kurang lebih 500 ml sebagai kuahnya (bergantung pada kehendak masing2). Biarkan mendidih.

Masukkan ubi dan btg keladi celur tadi bersama2 daun kesum dan jus asam jawa. Bila mendidih perasakan dgn garam dan gula. Bolehlah dihidang kan bersama sambal belacan dan lauk2 lain sebagai sampingan.
Attachments:

Please Log in or Create an account to join the conversation.

Moderators: khumaira
Time to create page: 0.132 seconds