BAKED SPANISH OMELETTE

More
11 years 7 months ago #24444 by khumaira





BAKED SPANISH OMELETTE

BAHAN:

4 biji telur
150ml susu segar
100g garden peas / brokoli
1 biji bawang besar (Dadu)
2 biji kentang saiz sederhana (Dadu)
2 sdb olive oil/myk zaitun
1 ulas bawang putih (Cincang)
5 keping hirisan tomato
Garam dan serbuk lada hitam secukupnya

Cara-cara:

Naikkan suhu oven 180\'C.biarkan dahulu.
Sapu butter pd tin pembakar dan ketepikan.

Panaskan olive oil, tumis bawang besar dan kentang hingga naik bau.
Masukkan bawang putih dan gaul hingga kentang lembut.
Masukkan peas atau brokoli dan tutup api. Gaul hingga rata. Masukkan ke dalam tin pembakar. Ketepikan.

Dalam mangkuk lain, pukul telur dgn garpu sekejap, masukkan garam dan serbuk lada hitam, pukul lagi. Masukkan susu segar, pukul hingga sebati. Tuang ke dalam tin pembakar. Atur hirisan tomato di atasnya.
Bakar selama 45 minit, 180\'C atau hingga masak.
Attachments:

Please Log in or Create an account to join the conversation.

Moderators: khumaira
Time to create page: 0.185 seconds