TELUR MASAK KENTANG BAKAR

More
11 years 7 months ago #24453 by khumaira





TELUR MASAK KENTANG BAKAR.

BAHAN:

3 biji kentang saiz sederhana
rebus
3 biji telur
dipukul hngga kembang
daun kucai ikut suka
sedikit serbuk lada hitam
garam dan gula
1/2 sudu besar tpg jagung(bancuh dgn 2 sudu besar air)
1 cawan daging cincang
1 biji bawang besar
sedikit minyak untuk menumis

Cara-cara:

rebus kentang tapi jangan sampai lembik
toskan kentang dan buang kulitnya. potong nipis-nipis.

bawang besar dicincang. kemudian tumiskan.
masukkan daging cincang sampai daging masak.
masukkan kentang tadi. kacau sebentar.tutup api.

tuang masuk kedlm loyang atau dlm bekas microwave heating(tahan panas dlm ketuhar)
tuang juga telur yang telah dipukul kembang tadi,juga bancuhan tpg jagung.ratakan elok2.
taburkan daun kucai yang telah dipotong atau leh jg taruh oregano (tujuan nak menaikkan aroma)atau daun pudina pun wangi gak.....
kemudian bakar didalam oven.agak2 dah sempurna masak.boleh diangkat.

P/S:KLU XNAK BAKAR,GORENG BIASA DLM KUALI PUN DAH OK.NO HAL LE...:P
Attachments:

Please Log in or Create an account to join the conversation.

Moderators: khumaira
Time to create page: 0.228 seconds