MACARONI GORENG

More
11 years 2 months ago #24521 by khumaira
MACARONI GORENG was created by khumaira





MACARONI GORENG

BAHAN:

1 paket (500 gram) macaroni
12 ekor udang, dibersihkan
150 gram daging cincang
4 biji telur, digoreng pecah-pecah
1 ikat sawi, dipotong selebar 2 inci
2 sudu besar kicap
2 sudu besar sos tomato
1/4 cawan bawang goreng
garam secukupnya
serbuk perasa, jika suka
gula secukupnya
minyak untuk menumis

BAHAN KISAR:
*************
15 tangkai cili kering, direndam dengan air panas
3 biji bawang besar
1 ulas bawang putih
1 1/2 sudu teh serbuk jintan halus

CARA:
*****
1. Panaskan secukupnya air didalam periuk dan letakkan 1 sudu besar minyak
masakan. Bila air telah mendidih masukkan macaroni dan rebus sehingga
ia masak. Bila telah masak angkat dan toskan.( Minyak masakan digunakan
supaya bila macaroni ditoskan ia tidak melekat antara satu sama lain.)

2. Panaskan secukupnya minyak didalam kuali. Tumis bahan yang telah dikisar
sehingga ia naik bau. Masukkan kicap, sos tomato, garam, gula dan serbuk
perasa.

3. Masukkan daging cincang dan bila daging telah bertukar warna. Masukkan pula
udang. Masak sehingga udang bertukar warna.

4. Masukkan sawi dan telur yang telah disediakan tadi. Gaul rata.

5. Masukkan pula macaroni yang telah direbus. Gaul sehingga rempah dan macaroni
rata.

6. Taburkan bawang goreng dan gaul sehingga ia sebati. Sedia untuk dihidang.
Attachments:

Please Log in or Create an account to join the conversation.

Moderators: khumaira
Time to create page: 0.129 seconds