CENDOL

More
11 years 7 months ago #24232 by khumaira
CENDOL was created by khumaira



<<<<<CENDOL>>>>>>

1 liter santan (dari 1 biji kelapa)
sedikit garam

BAHAN CENDOL(BUAT SENDRI KLU MAHU):

20 helai daun pandan
dikisar & ditapis
500ml air
sedikit pewarna hijau
1 sudu teh air kapur
150 grm tepung kacang hijau
1 sudu besar tepung beras
430 ml air


BAHAN AIR GULA:
300 g. gula melaka
dicincang)
100 g. gula pasir
250 ml air
2 helai daun pandan
(disimpul)


CARA:
1. Untuk membuat cendol. Campur air daun pandan, pewarna hijau, air kapur,
tepung kacang hijau, tepung beras dan air hingga tidak bergentel.
2. 2.Kacau di atas api sederhana hingga kental dan berkilat.
3. Sediakan semangkuk besar air sejuk. Letak acuan/tapisan cendol di atas
mangkuk.
4. Tuangkan bancuhan yang sudah masak tadi kemudian tekan dengan senduk untuk
mendapatkan bentuk cendol. Biar 15 minit sebelum dituskan dan disimpan di dalam peti sejuk.
5. Untuk membuat air gula. Jerang semua bahan hingga gula larut. Biar sejuk.
6. Untuk menghidangnya, letak cendol di dalam gelas, tambah kiub ais.
Tuangkan santan bercampur garam dan air gula.


P/S:BUAT JGN X BUAT.NAK TARUH PULUT SKIT PUN SDAP GAK.
Attachments:

Please Log in or Create an account to join the conversation.

Moderators: khumaira
Time to create page: 0.240 seconds