TAU FOO FAH

More
10 years 9 months ago #32755 by khumaira
TAU FOO FAH was created by khumaira





Bahan-bahannya:

300 gram kacang soya
3 sudu besar tepung jagung
1 sudu teh sekko/ GDL
2 cawan air kacang soya
3 helai daun pandan

Cara-caranya

1. Rendam kacang soya selama 4 - 5 jam.

2. Kisar kacang soya dengan 5 cawan air. Perah menggunakan kain muslin.

3. Kemudian kisar kali kedua hampas kacang soya dengan 7 cawan air. Ketepikan
2 cawan air kacang soya.

4. Didihkan air kacang soya dengan daun pandan.

5. 2 cawan air kacang soya dicampurkan dengan tepung jagung dan sekko/ GDL dikacau
rata.

6. Tuang campuran air kacang soya bersama tepung jagung dan sekko kedalam bekas nasi
ataupun tupperware.

7. Air kacang soya yang telah mendidih tu dituang kedalam bekas yang mengandungi air
kacang soya yang telah dicampur sekko dan tepung jagung tu dengan cara teknik teh
tarik iaitu dari bawah naik keatas jadi air kacang soya yang panas itu sebati
dengan air soya yang dicampur sekko dan tepung jagung.

8. Jika permukaan ada buih dibuang buihnya TAPI JANGAN DIKACAU. Kemudian tutup, lepas
30 minit - 1 jam, kemudian boleh dihidangkan dengan sirap gula.
Attachments:

Please Log in or Create an account to join the conversation.

Moderators: khumaira
Time to create page: 0.183 seconds