Remember Me     Forgot Login?   Sign up

Baik Punya CiloK

More
18 years 1 month ago #1464 by *buBbLE*
Baik Punya CiloK was created by *buBbLE*
erk...rase cam x patut plak xde reviu utk mooBie melayu..so kt sini bub ade wat reviu utk citer baik punya cilok...kpd sesape yg dh tgk...sile la tambah komen korg pasal mooBie neh

Tajuk : Baik Punya Cilok
Tahun : 2006
Pelakon : Afdlin Shauki, AC Mizal, Hans Isaac, Awie dan ramai lagi
Genre : Komedi, Aksi

Sinopsis
Filem ini mengisahkan empat orang sahabat baik yang mempunyai latar belakang yang berbeza tetapi mempunyai minat yang sama iaitu memancing. Aben, Wak, Jeri dan Bob sering menghabiskan masa bersama dengan memancing di kolam ikan di kawasan Selangor. Aben merupakan seorang pelajar tua yang genius tetapi sering gagal dalam peperiksaan akhir kerana gemuruh. Wak pula merupakan seorang pekerja di pawagam yang telah pun berumah tangga dan tidak pandai menipu. Jeri pula seorang jurujual kereta yang sering kesempitan wang dan berhutang kerana tabiatnya yang suka berjudi. Manakala Bob pula seorang yang bertubuh sasa di antara mereka berempat, bekerja di sebuah kelab dangdut yang dimiliki oleh abang angkatnya. Bob seorang yang suka membaca novel2 jiwang dan bercakap menggunakan pepatah melayu yang adakalanya jarang2 didengar.
Segalanya bermula apabila Wak ingin menebus kembali kerongsang neneknya yang dipajak di Kedai Pajak Uncle Wong yang dikenali sebagai \'gangster\' berpengaruh di kawasan itu. Oleh kerana terdapat salah faham, Wak gagal menebus kerongsang tersebut dalam masa yang ditetapkan dan menyebabkan Uncle Wong bertindak menaikkan bunga dengan agak melampau dan menimbulkan kemarahan Wak. Namun begitu, Uncle Wong mempunyai konco2 yang ramai dan berbahaya diketuai oleh Malik menyebabkan Wak tidak dapat berbuat apa2 ketika itu
Wak menceritakan permasalahannya kepada sahabat2 baiknya dan mengharapkan mereka dapat memberikan idea untuk menyelesaikan masalahnya. Di samping itu, di kolam ikan yang mereka sering melepak ada menawarkan RM25 000 kepada sesiapa yang dapat berjaya mendapatkan seekor ikan kelisa di dalam kolam itu. Terdapat bermacam2 idea yang mereka fikirkan tetapi konsep \'Robin Hood\' yang mencuri untuk keadilan bagaikan menarik perhatian mereka. Mereka bercadang untuk merompak kedai pajak gadai tersebut untuk mencuri kembali kerongsang milik nenek Wak. Namun begitu, Jeri turut mencadangkan mereka merompak secara habis-habisan tetapi cadangannya tidak diterima oleh rakan2 yang lain.
Rancangan mereka sampai ke pengetahuan abang angkat Bob, Leman yang merupakan salah seorang mangsa Uncle Wong. Leman menyimpan dendam terhadap Uncle Wong yang memotong jarinya kerana gagal melangsaikan hutang. Bersama2 mereka berlima mula berlatih setiap hari diketuai oleh Bob dan merancang pelan untuk merompak. Namun begitu, di saat2 akhir, Leman menarik diri kerana bimbangkan risiko sesuatu yang buruk akan menimpanya yang telah pun berkeluarga. Alasannya diterima oleh Aben dan rakan2nya kerana mereka faham situasi Leman yang mempunyai anak yang ramai.
Pada hari yang dirancangkan, mereka berempat pergi merompak kedai pajak Uncle Wong dan mendapati kedai pajak itu telah pun dirompak terlebih dahulu oleh sekumpulan perompak yang tidak diketahui. Malang nasib mereka kerana pihak polis berada di tempat kejadian dan menangkap mereka. Siapakah perompak yang telah \'mencilok\' terlebih dahulu daripada mereka? Siapakah yang telah menjadi pengkhianat di antara mereka? Adakah Jeri yang berhutang judi? Segalanya persoalan hanya akan terjawab dengan menyaksikan sendiri \'Baik Punya Cilok\'.

Komen
Filem ini agak ringan dan sesuai untuk hiburan seisi keluarga. Terdapat nilai2 moral diterapkan dalam cerita ini dalam bentuk komedi yang berkesan. Pelakon2 dalam filem ini berjaya membawakan watak masing2 dengan berkesan terutamanya bagi watak Wak yang dibawa oleh AC Mizal dan watak Bob oleh Awie. Watak2 antagonis di dalam cerita ini turut dibawa dengan berkesan serta menimbulkan mood lucu di dalam cerita. Plot cerita turut tersusun kemas dibantu oleh \'narrating\' yang baik di dalam filem tersebut membolehkan cerita mudah untuk difahami. Afdlin Shauki sekali lagi berjaya menghasilkan filem yang menarik dengan jalan cerita yang berbeza. Sememangnya filem ini merupakan sebuah filem yang tidak membuang masa untuk ditonton.

Post edited by: fungkur, at: 2006/11/14 15:27
More
18 years 1 month ago #1468 by Amoq
Replied by Amoq on topic Re:Baik Punya CiloK
Plot jln citer..agak menarik untuk ditonton b\'sama family..bagi aku..biase jer citer nie..byk kelemahan yg aku perasan dlm citer nie..salah satu nyer kn..cuba tgk time ending yg dimana Lina yg t\'kena tembak boleh lagi memangku ayah nya Wong..;)
More
18 years 1 month ago #1475 by delang
Replied by delang on topic Re:Baik Punya CiloK
B) kalu diperatikan betul2 banyak kelemahan dalam cite ni tp ini lah percubaan berani oleh afdlin.jalan cite yang kreatif....:dry:
More
18 years 1 month ago #1511 by venom_boy
Replied by venom_boy on topic Re:Baik Punya CiloK
jalan crita ni cam best gak ko msg nak disampaikan tu faham...tp byk kelemahan filem ni..cam lokasi filem x byk..dlm kedai..tmt pancing..dlm umah..lagipun byk cam x logik gak..cam awek tu kena tembak sempat agi byk ckp..huhuhuhuB)

apa2 pun baik punya cilok nia ada moral dia...\"jgn cilok brg yg dah bg..kang kita plak kena cilok....\"B) ;) :P :laugh:
More
18 years 1 month ago #1528 by *buBbLE*
Replied by *buBbLE* on topic Re:Baik Punya CiloK
Amoq wrote:

Plot jln citer..agak menarik untuk ditonton b\'sama family..bagi aku..biase jer citer nie..byk kelemahan yg aku perasan dlm citer nie..salah satu nyer kn..cuba tgk time ending yg dimana Lina yg t\'kena tembak boleh lagi memangku ayah nya Wong..;)

erk..part nih sungguh sukong..erk...lina tuh memula dok terbaring cam helpless ja...tp leh plak pangku ayah dier...erk..kalo mo citer psl scene2 mcm tuh...dlm citer melayu ka..citer tamil ka..citer omputeh skalipun...ade ja..eheks;)
More
18 years 1 month ago #1530 by fungkur
Replied by fungkur on topic Re:Baik Punya CiloK
tapi apepon, dalam moobie ni aku minat giler satu part.. sampe aku ulang2 18 kali. miahahah..

yanga part CAKAP OMPUTIH LOGHAT KELATE !!! tobat best giller!! hahahaha... ni aku rasa nak tgk lagi nih...

spit it out !

More
18 years 1 month ago #1574 by *buBbLE*
Replied by *buBbLE* on topic Re:Baik Punya CiloK
fungkur wrote:

tapi apepon, dalam moobie ni aku minat giler satu part.. sampe aku ulang2 18 kali. miahahah..

yanga part CAKAP OMPUTIH LOGHAT KELATE !!! tobat best giller!! hahahaha... ni aku rasa nak tgk lagi nih...

erk..part tuh mmg lawak..spiking omputeh loghat klate..stail hip hop agik..ehehe...malaysia meriah:laugh: :laugh: :laugh:
erm...tp watak ida nerina tuh rasenyer x dipolish ngan baik..tp filim nih kalo utk hiburan ringan mmg layan la~
dak kecit ley tgk..remaja leh layan...org tua pun leh join gelak tgk
More
18 years 1 month ago #1575 by ApatPower
Replied by ApatPower on topic Re:Baik Punya CiloK
aku walo orang kata cite tu best gegila pon aku takde perasaan simpati skit pon nak tengok kalo cite tu cite melayu.. muak tgk cite melayu ni yang majoriti nye cite klaka je xpun cite jiwang murahan ngan pelakon murahan. kalo tgk cite klaka baik aku tgk sau sin ci nye citer. alang ngan ngarut bia ngarut betol. muahaha. jangan mara aa ni sendiri punye perasaan la k.

pic ni aku sebat sapenye ntah, aku suka x gila. halal je la kan.
Attachments:
More
18 years 1 month ago #1576 by GreenGoat
Replied by GreenGoat on topic Re:Baik Punya CiloK
dh donlot cite ni. tp tak tgk lg. rajen bub riviu. dh korang kata best tpakse aku tgk sat lg. kasik sapot sket cite mayu. huhuhu :P
More
18 years 1 month ago #1578 by ApatPower
Replied by ApatPower on topic Re:Baik Punya CiloK
aku walo orang kata cite tu best gegila pon aku takde perasaan simpati skit pon nak tengok kalo cite tu cite melayu.. muak tgk cite melayu ni yang majoriti nye cite klaka je xpun cite jiwang murahan ngan pelakon murahan. kalo tgk cite klaka baik aku tgk sau sin ci nye citer. alang ngan ngarut bia ngarut betol. muahaha. jangan mara aa ni sendiri punye perasaan la k.

pic ni aku sebat sapenye ntah, aku suka x gila. halal je la kan.
Attachments:
More
18 years 1 month ago #1580 by fungkur
Replied by fungkur on topic Re:Baik Punya CiloK
ApatPower wrote:

aku walo orang kata cite tu best gegila pon aku takde perasaan simpati skit pon nak tengok kalo cite tu cite melayu.. muak tgk cite melayu ni yang majoriti nye cite klaka je xpun cite jiwang murahan ngan pelakon murahan. kalo tgk cite klaka baik aku tgk sau sin ci nye citer. alang ngan ngarut bia ngarut betol. muahaha. jangan mara aa ni sendiri punye perasaan la k.

ade betol gak cakap ko nih. dalam movie ni certain part je best. time tgk movie ni, ade part yang aku forward kan ke depan. ade la jugak. tu bermakna citer ni bukan btol2 besh la...

*looking forward to Buli Balik..

Post edited by: fungkur, at: 2006/02/26 03:13

spit it out !

More
18 years 1 month ago #1591 by sokai
Replied by sokai on topic Re:Baik Punya CiloK
erk. aku dulu bersemangat.. pi kedai apek nak pi beli CD berulangkali cari CD tu. .. ade 10 kali pi ulangalik gitu.. last last skali tengok ... hampeshhhhhhh.

taraf telemovie je aku rase. :huh:

[Better Late Than Never!]
syahsokai.com
Time to create page: 0.517 seconds