Remember Me     Forgot Login?   Sign up  

NASI KERABU PANTAI TIMUR

More
15 years 11 months ago #24255 by khumaira




NASI KERABU PANTAI TIMUR


Bahan-bahan:

Nasi putih
[boleh juga buat nasi warna biru.. masak ngan bunga warna purple
[org kelantan yg bagi bunga ni..masak macam nasi lemak tapi
bubuh bunga purple ni, serai ketuk, bawang merah [hiris] dan garam..].

Bahan untuk Sambal Ikan :
3 ekor ikan kembung - dipanggang dan ambil isinya
1/4 kelapa parut - dijadikan kerisik
4 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
2 sm halia
2 batang serai
1 sudu teh lada hitam
1 sudu teh gula
1 sudu teh garam

Sambal Ikan :
Gaul isi ikan panggang, kerisik, bawang merah, bawang putih, serai dan halia.
Masukkan gula, lada hitam dan garam. Gaul dan kisar sehingga campuran itu lumat

Bahan untuk kuah :
4 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
20 gm belacan
10 tangkai cili kering
2 sm halia
2 cawan santan cair
1 batang serai
2 sudu teh gula
1 sudu teh garam

Cara
1. Masak santan sehingga mendidih.
2. Masukkan ramuan yang dikisar, serai, garam dan gula. Kacau hingga sebati. Biarkan ia mendidih.
3. Masukkan santan cair dan kacau. Perlahankan api.
4. Biarkan sehingga beberapa minit dan kemudian padamkan api apabila kuah pekat.


Bahan untuk ulam :
1/2 biji timun - dipotong halus
1/4 biji kobis bulat - dipotong halus
20 gm belacan
1 ikat daun kesom - dihiris halus
2 batang serai - dihiris halus
2 kuntum bunga kantan - dimayang
5 batang kacang panjang - dipotong halus
50 gm taugeh
2 sudu besar budu
2 sudu kecil lada sulah

Cara
1, Gaulkan semua ulam-ulaman.
2. Kemudian boleh hidangkan bersama nasi, sambal ikan, kuah dan budu untuk dimakan.

NOTA:
Sediakan juga keropok ikan keping yg telah digoreng...atau telur masin atau ikan goreng atau daging goreng B)
Attachments:
More
15 years 11 months ago #24256 by khumaira





UMAI NAK KONGSI SKIT TENTANG BUNGA NI DGN KORANG SUMER.
NAMANYA BUNGA TELANG.KATA ORANG BUNGA NI YG DORANG DAPATKN
WARNANYE UTK WAT NASI KERABU AGAR JADI WARNA BIRU.

SESAPE LG YG TAHU TNTG HAL NI TLG LE INFO UMAI DISINI.
BETUL KE?UMAI PUN BRU SEBULAN TAU TNTG BUNGA NI.AIR REBUSANNYA DIBUAT
NASI KERABU.

UMAI JUGA MINTA SUMBANGAN PETUA,ATAU APA SAJA YG BERKAITAN DGN
MASAKAN AGAR DIPOSKAN DISINI UTK DIKONGSI MAKLUMAT BERSAMA.
TRIMAKASIH PADA YG MENYUMBANG RESEPI.JG YG MELAWAT MASUK RUANGAN NI.

P/S:TP PASTIKAN ANDA SEMUA POST PADA TOPIK YG BETUL.JGN ADE YG CITER PASAL
KUIH TP TANYA DLM TOPIK BISKUT RAYA.LARI TOPIK LE CMTU...OK...:laugh:
Attachments:
Moderators: khumaira
Time to create page: 0.455 seconds