NASI HUJAN PANAS

More
11 years 7 months ago #24527 by khumaira
NASI HUJAN PANAS was created by khumaira





NASI HUJAN PANAS

BAHAN:

4 cawan beras basmati
5 cawan air
2 kiub ayam
2 helai daun pandan
pewarna merah, kuning dan hijau

**[bahan tumis]**
1/2 inci halia(hiris nipis)
2 ulas bawang putih(hiris nipis)
1/2 biji bawang besar(hiris nipis)
2 sudu besar minyak masak
1 sudu besar minyak sapi
1 batang kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
3 kuntum bunga cengkih
3 biji buah pelaga

**[bahan hias]**
bawang goreng
kismis

CARA:
******
Cuci beras dan rendam selama 10 minit. Toskan.

Panaskan minyak dan tumiskan semua bahan tumis sehingga bau wangi
Masukkan beras dan gaul rata.
Masukkan air, kiub ayam dan daun pandan.
Masaklah nasi spt biasa sehingga masak

Bila nasi kering, letakkan 1-2 titik untuk setiap pewarna kuning, merah dan hijau ditempat yang berasingan. Bila dah masak, gembur-gemburkan nasi tu.
Hiaslah dengan bawang goreng, gajus atau kismis jika suka.

SENANG JE KAN????CUBA LE..:lol:
Attachments:

Please Log in or Create an account to join the conversation.

Moderators: khumaira
Time to create page: 0.204 seconds