NASI BUKHARI AYAM

More
11 years 7 months ago #24594 by khumaira
NASI BUKHARI AYAM was created by khumaira






NASI BUKHARI AYAM

BAHAN:

1 ekor ayam [potong 8 dan bersihkan]
1 kg beras basmathi [basuh dan toskan]
3 sudu besar rempah kurma + 1 sudu besar sos tomato [bancuhkan]
2 biji buah tomato [belah 4]
1 liter air
1/2 cawan susu cair/yogurt
1 pokok daun ketumbar [potong pendek]
4 sudu besar minyak sapi
garam
gula

BAHAN TUMIS:

10 ulas bawang merah
tumbuk
4 ulas bawang putih
tumbuk
3 cm halia
tumbuk
2 kuntum bunga lawang
2 cm kulit kayu manis
5 kuntum bunga cengkih
2 biji buah pelaga

CARA:

1. Panaskan minyak dan tumiskan bahan tumis sehingga wangi.
2. Masukkan rempah yg dibancuhkan. Kacau rata dan biarkan sehingga wangi
dan garing.
3. Masukkan air, garam dan gula. Biarkan sehingga mendidih.
4. Masukkan ayam dan buah tomato. Biarkan mendidih.
5. Masukkan nasi dan daun ketumbar.Biarkan mendidih dan kering saperti
nasi biasa.
6. Bila sudah masak, gemburkan dan hidangkan bersama bawang goreng
dan gulai dalca serta acar timun mentah.
Attachments:

Please Log in or Create an account to join the conversation.

Moderators: khumaira
Time to create page: 0.179 seconds