NASI GORENG KERABU

More
11 years 4 months ago #24746 by khumaira
NASI GORENG KERABU was created by khumaira






NASI GORENG KERABU

BAHAN:

2 pinggan nasi
2 keratan ikan masin yg di goreng
dikisar halus
Segenggam ikan bilis digoreng
dikisar halus
6 biji cili api
dikisar halus
2 ulas bawang putih
dikisar halus
1 biji bawang merah
dihiris
5 btg kacang buncis/pnjg
dipotong halus
2 btg serai
dihiris halus
Sedikit daun selom
dipotong halus
Sedikit daun pudina
dipotong halus
Sedikit bunga kantan
dihiris halus
*****Boleh di tambah ulam lain jika ada*****
Sedikit garam dan ajinomoto

CARA:

Panaskan minyak, masukan bawang putih dan cili api.masak sampai kekuningan kemudian masukan semua kacang, serai dan ulaman kacau sehingga 1-2 minit dan masukkan nasi, kacau sehingga sebati.

Akhir sekali masukan bawang merah, ikan bilis dan ikan masin dan rasa nasi itu, kalu kurang garam tambahkan sedikit garam dan ajinomoto.siapppppppp..:ohmy:
Attachments:

Please Log in or Create an account to join the conversation.

More
11 years 4 months ago #24751 by Sky_Hanz
Replied by Sky_Hanz on topic NASI GORENG KERABU
Macam sdap jerr.. Tngok bahan pon best, mengiur kn la kak umai.. :)

Please Log in or Create an account to join the conversation.

More
11 years 4 months ago #24755 by khumaira
Replied by khumaira on topic NASI GORENG KERABU
Sky_Hanz tulis:

Macam sdap jerr.. Tngok bahan pon best, mengiur kn la kak umai.. :)



hai hanz,bg le resepi ni kat awek,minta tlg dia buatkn.rasa nasi ni mmg kaw2 punya.bagus mkn ulam-ulaman ni hanz.klu x lalu nk mkn saja,kita grg je dgn nasi.
thanks sudi jengah dapur kak umai...:laugh:

Please Log in or Create an account to join the conversation.

More
10 years 6 months ago #32709 by khumaira
Replied by khumaira on topic NASI GORENG KERABU






NASI GORENG KERABU(2)

Bahan-Bahan:

4 cawan nasi sejuk
2 ulas bawang merah-ditumbuk
2 ulas bawang putih-ditumbuk
10 biji cili api-ditumbuk
100 gm Isi ayam dipotong kecil
100 gm udang
100 gm Ikan bilis goreng
1 batang serai
1 batang bungan kantan
1 helai daun kunyit
3 helai daun limau purut
5 batang kacang panjang
5 batang kacang botol
5 putik jagung muda
1 batang lobak merah kecil- potong dadu
sedikit garam
minyak
sos ikan/nampla

Cara:

1. Mayang halus bahan sayur.

2. Panaskan minyak kemudian tumis semua bahan-bahan
yang telah ditumbuk halus.

3. Apabila sudah garing masukkan ayam, udang dan biarkan seketika.

4. Kemudian masukkan nasi dan kacau.

5. Akhir sekali masukkan ikan bilis dan juga bahan-bahan yang
telah dimayang.

6 . Kacau hingga rata dan renjiskan sos ikan.

7. Bila sayur tu nampak agak layu bolehlah diangkat dan hidangkan.;)
Attachments:

Please Log in or Create an account to join the conversation.

Moderators: khumaira
Time to create page: 0.165 seconds