Remember Me     Forgot Login?   Sign up  

Aku, Sebentuk Cincin dan Kamu

More
17 years 4 months ago #14988 by shafique
Dari satu pertemuan singkat
Kita mula mengukir kenangan di lembaran waktu
Aku sentiasa berada di sisimu
Kerana aku ingin menjadi yang pertama untukmu
Biar sesukar mana pun halangan untuk ku
Aku tahu kau amat menghargainya.

Kenangan demi kenangan terukir
Lembaran waktu kita kian panjang
Tercoret segala suka duka kita bersama
Banyak sudah kekosongan yang telah kau isi
Masih lagi aku ingat perjanjian yang kita metrai;

\"Jika Saya Tabah, Awak Perlu Lebih Tabah Dari Saya\"

Bermula dari detik itu
Aku semakin bersemangat
Semakin tabah
Kerana aku adalah pelindungmu
Sehingga aku paksa seluruh panca inderaku turut berikar
Melindungimu biar pun bercerai nyawa

Akhirnya kita berubah
Ketika aku melihat ia di jari manismu
Aku tahu yang kau juga menanggung derita
Aku tidak tahu siapa lebih derita
Tapi setelah sekian lama bersamamu
Aku tahu ia lebih sukar dirimu untukmu
Dilambung gelora dilema
Terdampar di pantai yang penuh kekecewaan

Sesungguhnya aku masih ingat janji kita
Kerana itu aku masih terus berdiri
Biar pun kita tidak lagi bersama
Akan ku simpan segala yang aku pelajari darimu
Kerana kau adalah guru dan sayangku
Tak akan ku buang dirimu dari hidupku
Kerana aku tidak boleh berpura
Masa yang lepas tetap adalah masa


Hanya sebentuk cincin di jari manismu itu yang memisahkan aku dan kamu seterusnya menjadikan kita dua insan yang berbeza. Terima kasih atas segalanya. Tidak pernah sedikit pun diriku ini membenci dirimu biar pun derita yang aku tanggung amat ketara. Aku senantiasa mendoakan dirimu bahagia selamanya. Ya Tuhan, sesungguhnya perit bagi hati ini menanggungnya tapi ku bermohon kepada Mu, terus tabahkan hatinya dan berkatilah jalinan hidup barunya. Ya Allah, aku amat bersyukur setinggi-tingginya kepada Mu kerana menemukan aku dengannya. Aku bersyukur ke hadrat Illahi kerana dapat merasai kasih sayangmu walau seketika. Amin..

Aku Akan Terus Lebih Tabah Darimu.

I Found Spirit In My Misery. Adeh...<br><br>Post edited by: shafique, at: 2006/12/10 05:55
Time to create page: 0.387 seconds