Remember Me     Forgot Login?   Sign up  

kInI dAn SeLaMaNyA

More
17 years 2 months ago #16171 by raga
kInI dAn SeLaMaNyA was created by raga
Kini.....
Kucuba untuk melupakan mu,
Kucuba untuk tidak mengigati mu,
Kucuba untuk tidak menyayangi mu.

Tapi.....
Bila kucuba melupakan,
wajah mu sering dimataku.
Bila kucuba tidak mengigati mu,
aku bertambah rindu.
Bila kucuba tidak menyayangi mu,
jiwaku terasa pedih dan merintih pilu.

mengapa...tersiksanya aku...,

Sememangnya dirimu amatku sayangi,
sememangnya dirimu amatku kasihi,
dan sememangnya dirimu amatku cintai.

Disaat ini ku harus mempelajari,
detik ketika dirimu tiada disisi,
kerana sememangnya mungkin,
disuatu masa dirimu bukan milikku,
dan saat itu ku tak ingin menangis kerana mu,
dan saat itu ku hanya perlu...rebah diriba mu,
korban sayangku untuk mu.

Ku tahu...
mana mungkin kan kudapat sayang yang setulus hati,
mana mungkin kan kudapat kasih mu tanpa berbelah bagi,
dan mana mungkin kan ku dapat cinta mu yang sejati....

Biarkan aku begini...
ketandusan bak sahara,
gelora bak lautan.
kerana tiada sesiapa tuhan jadikan untukku...
memahami hati dan perasaanku..
walaupun telah ku korbankan segalanya..
untuk mu.


More
17 years 2 months ago #16187 by shoradhi
Replied by shoradhi on topic Re:kInI dAn SeLaMaNyA
tangkap leleh gak nie kalau bg kat awekz...
tapi bila aku terbaca perkataan korban , dengan tidak sengajanya aku merelatekan sajak nie dgn nasib lembu/kmbg/unta yg kena semeleh pg tdi...hu3...jgn marah...:P
tapi besh nie...layannn
More
16 years 9 months ago #19001 by zaciko
Replied by zaciko on topic Re:kInI dAn SeLaMaNyA
Aduh,..... syahdu... ini perasaan ko ke raga? cian nyer ko....
1 je yg ko agak silap.... setiap insan dijadikan berpasangan. if org tu tak suke kat ko, mesti ada org lain yang lebih baik utk diri ko..
percayalah! sebab aku dah banyak kali melalui saat-saat luka tu... :) dan aku tak pernah serik...
More
15 years 2 months ago #30937 by fazna_cute
Replied by fazna_cute on topic Ruj:kInI dAn SeLaMaNyA
kini dan selamanya aku berada disini
menghitung detik demi detik
saat demi saat
hari demi hari
utk masa depan yg bakal menjelma dlm diriku ini

kini dan selamanya
aku umpama rembulan di langit
yg sentiasa memayungi setiap
insan yg berada di muka bumi ini
tak kira yg wujud ataupun yg tiada

kini dan selamnanya
aku menunggu jawapan dari mu
ttg persoalan yg pernah ku utarakn pdmu
menunggu detik kau membalas segala persoalanku
tapi sampai bila aku harus jd penunggu?

kini dan selamanya
telah mengubah dimensi hidupku ini
ia umpama roda bagiku
kerana ia sentiasa berputar2 tanpa mengira bangsa
dari kecil sampai laa dewasa

kini dan selamanya
mengubah persepsiku ttgmu
kalau dahulu kau laa segalanya bgku
namun kini bagiku ini
kau bagaikn lakonan buatku ini
yg tiada pengarahnya
Time to create page: 0.446 seconds