SUP TULANG

More
12 years 5 months ago #24430 by khumaira
SUP TULANG was created by khumaira






SUP TULANG

BAHAN:

500g tulang lembu
1 sup bunjut adabi (sup tulang)
2 kiub ayam - tak kisah mana2 adabi ke maggie
2 1/2 liter air.
3-4 ulas bawang putih
1 cm halia
minyak untuk menumis
daun sup/ daun bawang
bawang goreng
cili padi -kalo nak pedas
limau nipis- kalo suka masam2 skit..
2 biji ubi kentang
1/2 batang lobak merah

Cara-cara:

Mula-mula cucilah tulang bersih2.
Kupas bawang putih. Pastu bersihkan.
Ketuk-ketuk bawang putih dengan pisau. Pastu cincang-cincanglah biar jadi halus.

Hiris pula halia nipis-nipis. Tapi kalau sape ada lesung tumbuk tu boleh tumbuk halia sekali dengan bawang putih.
Panaskan minyak. Tumislah bawang putih dan halia ni sehingga bawang putih jadi kuning.. kalo hangus skit tu takpe..

Dah tu masuklah air dengan tulang. Rebuslah sehingga tulang empuk.
Bila dah empuk tu, masuklah pula ubi kentang dengan lobak merah.. Kalau tak nak letak pun takpe..
Masuk pula rempah sup bunjut dan juga kiub ayam. Biarkan sehingga ubi kentang empuk.

Masukkan pula sedikit gula. Pastu bolehlah rasa. Kalau tak rasa masin lagi bolehlah tambah garam. Tak cukup manis tambahlah gula.
Bila nak makan tu bolehlah letak bawang goreng, daun sup, daun bawang, cili padi. Kalau suka masam perahlah sedikit limau nipis.
Attachments:

Please Log in or Create an account to join the conversation.

Moderators: khumaira
Time to create page: 0.226 seconds