Remember Me     Forgot Login?   Sign up  

SUP MACARONI

More
15 years 11 months ago #24433 by khumaira
SUP MACARONI was created by khumaira





SUP MACARONI

BAHAN:

1 1/2 cawan macaroni(rendam sekejap slama 15 min)
1/4 ekor ayam- di potong kecil
Perencah sup- mengikut kegemaran, saya guna perencah/rempah sup adabi
sayur-sayuran seperti lobak merah, baby corn/jagung muda, cellery/saderi, bunga kobis dan lain2 ikut suka masing2.
Daun sup dan bawang goreng

Cara-cara:

Bersihkan ayam dan rebus didalam periuk-kandungan air adalah mengikut citarasa
Bersihkan dan potong sayur mengikut citarasa

Masukkan perencah sup dan lobak merah kedalam rebusan ayam.
apabila telah mendidih,masukkan pula macaroni kedalam periuk.

Apabila macaroni sudah agak lembut, masukkan sayur2 yg lain
Apabila sayur telah lembut, boleh la dimatikan api. Tabur daun sup & bawang goreng. Tambahkan garam, jika perlu.

Nota: sup ini memerlukan banyak air kerana macaroni akan menyerap air. Selalunya orang akan merebus macaroni berasingan, tetapi dengan cara memasukkan macaroni kedalam sup akan menambah perisa kepada macaroni tersebut.
SELAMAT MENCUBA....:kiss:
Attachments:
Moderators: khumaira
Time to create page: 0.455 seconds