BEEF STEW WITH MEATBALL

More
12 years 5 months ago #24441 by khumaira





BEEF STEW WITH MEATBALL

BAHAN:

MEATBALL:
1 1/2 kilo daging
cincang/kisar
1 cawan biskut cream cracker
hancurkan
6 ulas bawang putih
tumbuk lumat
1 inci halia
tumbuk lumat
1 sudu besar garam
1 1/2 sudu besar serbuk lada sulah
2 sudu besar tepung jagung
sedikit daun sup
potong halus
1 biji telur
2 biji telur
untuk digoreng

BAHAN STEW:
1 inci halia
10-15 tangkai cili kering
8 ulas bawang putih
10 ulas bawang merah
1 sudu kecil oregano(sejenis bumbu berupa daun diguna utk sos bolognaise-sos daging merah pada lasagna atau spaghetti)
100gm @ 1 tin kecil tomato puree
115gm @ 1/2 botol kecil sos tomato
3 liter air
1 batang tulang rusuk lembu----potong kecil dan rebus dahulu. Ketepikan bersama stoknya/air rebusan sekali
1 sudu besar tepung jagung
bancuh bersama sdikit air
2 biji carrot
potong segiempat tepat
7 biji kentang
potong 4 menegak dan goreng
Kobis bunga

Cara-cara MEATBALL:
*******************
Campurkan semua bahan (kecuali 2 biji telur untuk menggoreng), dan gaul sebati.
Bentukkan bebola (saiz jangan terlalu kecil sbb biasanya saiz untuk stew agak besar).
Gaulkan ke dalam telur yang dipukul dahulu.kemudian digoreng.

cara-cara STEW:
****************
Kisar halia, cili kering, bawang putih dan bawang merah. Kemudian, tumis bahan ini sehingga garing.
Masukkan pula tulang bersama-sama air stoknya sekali. Kemudian, tambahkan lagi air (3liter).

Apabila sudah mendidih, masukkan tomato puree& tomato sos. Kacau.
Masuk pula garam, serbuk perisa (jika suka), kobis bunga dan carrot.
Bila kobis & carrot sudah separuh masak, masukkan air campuran tepung jagung.
Akhir sekali, masukkan meatball dan kentang goreng.

Kacau sedikit dan matikan api. Boleh dihidang bersama garlic bread atau apa-apa jua hidangan bersesuaian.

P/S: Tak semestinya guna tulang rusuk lembu. Boleh juga guna any other parts ataupun tulang-tulang ayam seperti kaki, leher etc.. dengan timbangan yang setara. SELAMAT MENCUBA.......:kiss:
Attachments:

Please Log in or Create an account to join the conversation.

Moderators: khumaira
Time to create page: 0.405 seconds