SUP AYAM SPECIAL

More
12 years 5 months ago #24442 by khumaira
SUP AYAM SPECIAL was created by khumaira





SUP AYAM SPECIAL

BAHAN:

1 ekor ayam
potong 16
1 labu bwg merah
2 ulas bwg putih
1 inci halia
sebatang kulit kayu manis>>>>>>>>>>>>>
4 kuntum bunga cengkih>>>>>>>>>>>>>>>>
2 kuntum bunga lawang>>>>>>>>>>>>>>>>>BAHAN REMPAH
3 biji buah pelaga>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>
2 bj kentang (sebiji potong 6)
1 btg lobak (potong bulat anggaran 2 cm)
1 mangkuk air panas br masak
lada sulah, garam, ajinomoto dan stok ayam
daun sup, daun bawang & bawang goreng

Cara-cara:

Bahan rempah direndam dalam air panas menggelegak,biarkan hingga air tersebut suam & toskan rempah2 tersebut. Air rendaman turut disimpan.

Bwg merah & bwg putih dikisar halus. Halia ditumbuk sedikit jgn sampai lumat.
Panaskan minyak dan tumis bawang hingga naik bau. Kemudian masukkan halia & rempah2 yang telah direndam. Tumis sebentar.

Masukkan ayam dan gaulkan supaya bercampur dengan rempah yg ditumis. Biarkan selama 10minit
Masukkan air rendaman rempah tadi beserta 1 mangkuk air lagi. Jika mahukan kuah sup lebih boleh tambah lagi semangkuk air.

Biar sup menggelegak,masukkan kentang dan lobak. Bila ayam dah empuk masukkan stok ayam/air rebusan ayam, garam, ajinomoto & lada sulah.

Dah siap tutup api. Masukkan daun bawang,daun sup & bawang goreng, tutup rapat periuk selama 20minit supaya baunya meresap ke dalam sup. Sedia untuk dihidang.
Attachments:

Please Log in or Create an account to join the conversation.

More
12 years 5 months ago #24448 by MyAdriana
Replied by MyAdriana on topic Ruj:SUP AYAM SPECIAL
agak2nya untuk berapa org makan ni?

Please Log in or Create an account to join the conversation.

More
12 years 5 months ago #24451 by khumaira
Replied by khumaira on topic Ruj:SUP AYAM SPECIAL
MyAdriana tulis:

agak2nya untuk berapa org makan ni?



ehh...thanks adriana.sudikn diri jenguk2 sini.suka masak ekk???
ke nk suruh mak masak nnt?hehehe...

klu sekor ayam slalunya 5-6 org le kut.tp klu semua yg mkn tu jenis style xingat,
kena le tambah jd byk skit...

klu nk masak skit je,buat separuh je dr bahan masakan ni.ok,adriana.jenguk le topik lain juga.klu ade resepi rekaan sndri atau dr kwn,dr mak,dr opah,post je
masuk sini.umai sedia melayan....:laugh:

Please Log in or Create an account to join the conversation.

Moderators: khumaira
Time to create page: 0.237 seconds