PANAS!!! Skandal Dalam Lif

More
18 years 1 month ago #18057 by delang
sumber dari harian metro

KUALA LUMPUR: Kakitangan kerajaan gempar dengan penyebaran klip video melalui telefon bimbit yang memaparkan skandal pelakuan tidak senonoh dipercayai seorang pegawai tinggi kerajaan bersama wanita bertudung dipercayai kakitangan bawahannya dalam sebuah lif.


Klip video selama seminit 17 saat itu yang memaparkan aksi seorang lelaki separuh abad bercumbu bersama wanita muda berbaju kurung dalam lif dipercayai di sebuah hotel terkemuka di ibu negara.

Aksi menjijikkan pasangan itu dipercayai dirakam kamera litar tertutup (CCTV) yang dipasang pihak keselamatan hotel dalam lif berkenaan.

Klip video diberi tajuk ‘ini betul scandal !!!’, lelaki bercermin mata yang memakai kot dan bertali leher dilihat saling merangkul dan mengucup wanita berbaju kurung dan tudung kuning.

Lelaki itu dipercayai berumur dalam lingkungan 50-an manakala pasangannya kelihatan seperti berusia lingkungan 20-an.

Ada masanya, lelaki itu turut dilihat memegang payu dara pasangannya manakala wanita terbabit kelihatan seperti meraba bahagian sulit lelaki terbabit.

Pasangan itu juga dilihat seperti terkejut sejurus sebelum pintu lif terbuka sewaktu di pertengahan perjalanan.

Kemudian, wanita terbabit keluar seketika sebelum masuk semula ke dalam lif dan menyambung pelakuan memberahikan itu.

Berdasarkan klip video tanpa suara itu, pasangan terbabit dipercayai bercumbu di bawah kamera CCTV tanpa menyedari perbuatan mereka tetap dirakam melalui pantulan imej pada pintu lif.

Menurut pembaca Harian Metro yang mendedahkan penyebaran klip video berkenaan, aksi pasangan terbabit dipercayai dirakam pihak keselamatan hotel sebelum dipindahkan ke telefon bimbit menggunakan fail video dalam format 3gp bersaiz 722kb.

Katanya, klip video berkenaan sudah disebarkan di laman web pembekal gambar dan video aksi lucah yang memerlukan akses keahlian dengan caj yang ditetapkan.

“Klip video ini antara yang terhangat dan banyak disebarkan di kalangan pengguna telefon bimbit sejak bulan lalu.

“Walaupun identiti sebenar lelaki dan wanita terbabit tidak diketahui, ramai percaya mereka adalah kakitangan kerajaan berdasarkan cara pemakaian dan penampilan diri,” katanya.


klik untuk video

dah tua bangka pon gatal lg ke?<br><br>Post edited by: delang, at: 2007/03/05 03:38
More
18 years 1 month ago #18058 by shafique
Hahaha.. gua pon tgk kat mykakis gak. dah ler rambut pon tak braper nak ade. Jem.. katanya skandal Bos ngan PA. :D Kalo betol ar kakitangan kerajaan hoh.. mampuih2.. wat malu kat anak buah jer. Jem2..

Siap upload kat youtube tue.. tak tau dah berapa ribu enpon ada clipz nie.. :D<br><br>Post edited by: shafique, at: 2007/03/05 04:20
More
18 years 1 month ago #18060 by fatlee
dunia memang dah nak kiamat btol la... makin teruk org2 melayu zaman skang ni... tua muda same je
More
18 years 1 month ago #18066 by iza
Replied by iza on topic Re:PANAS!!! Skandal Dalam Lif
huhu...iza pon dh tgk..very Disgusting..hmm..mostly aksi2 panas ni..knp selalu nyer terlibat adalah golongan yg bertudung..??

hmm..iza pelik gilerrrrrrrr....knp gal yg bertudung lebay byk amik watak utk lakukan menda2 mcm ni..?? Desprate sey...huhu..malu2...plg bodoh pompuan tu..

Na U\'zubillahh...
More
18 years 1 month ago #18068 by shafique
Hmm.. tue ar iza, penin kan pakai tudung pon wat gitu. So to ppl out there, tudung bukan pengukur sowang tu baek ke idak sebab kita nilai orang bukan luaran. Hmm.. apa aku melalut nie... keciwa pon ada tgk orang gnie...
More
18 years 1 month ago #18069 by delang
isk mmg gile kemaruk btol...si pompuan siap tengok line clear ke x...
tul tu shafique, jangan nilai pompuan hanya pada tudung,
kadang2 pakai tudung pon nampak lurah dendamnya...

isk...aku pon turut melalut ni
  • New Member
  • New Member
More
18 years 1 month ago #18071 by
Replied by on topic Re:PANAS!!! Skandal Dalam Lif
ishhh,,aku rasa mcm pernah naik lif tue tp kat mana ekk??tapi mmg kemaruk dan gersang la pakcik tue..nak buat pun,buat la cara yg betul..bernikah dulu ker..dia x pk ker dlm lif2 ada cctv..betul tue delang..kalau kita menilai seseorang tue bukan dari segi pemakaianya..tp dari hati dan perasan cinta terhadap kita...B)
More
18 years 1 month ago #18073 by shafique
Tue ar pasal, Atiqi. Nafsu kalo tak dikawal akan menutup segala logik akal. Dia tau tempat tue public. Buatnyer lif tue jatuh?? Haa.. tak pepasal. Skang nie maen \&quot;cash\&quot; jer. Sebab nafsu gak kita dah ada banyak clip yang dirakam sama ada sedar atau tidak oleh si pelaku.

Delang.. tol tue kekadang nampak abes lurah dendam nyer. Jem2...

Haku Suka Kasual :D
More
18 years 1 month ago #18074 by iza
Replied by iza on topic Re:PANAS!!! Skandal Dalam Lif
hmm...entah lah...mungkin sbb pakai tudung tk ikhlas kot..pstu byk dah anggap trend..ee..tk nk plak komen lebay2 bab pemakaian tudung ni..

aku kalo jadi pak guard yg tgh jaga camera tu..aku tau dia ada kat tgkt brp..aku terus pegi ...haa..kasik tgk depan2...pastu stay sama2 kat dlm lif tu lama2..sampai dorg blah..

tk pon..aku matikan jer lif tu kasik dorg stuck kat dlm lif..pdm ekon..lampu still bukak..biarkan lama2..kasik lenjun kepanasan..tkde udara..agak2 dh insaf baru aku amik tindakan...

pastu panggil JAIS ker..haa..tunjuk kan arr bukti...BUDUSSSSSS..!!!!!! dh Gersang sgt pi lah check in teruss..ngok betull..
More
18 years 1 month ago #18075 by honeyoii
Sebenarnya..isu nie isu lama.. bincang mcmana pun tak kan abis cerita nie.. Makin berleluasa adalah...

Kes mcm nie terbongkar dulu pun sebab ada edisi siasat.. berani tayang kat tv lagi aksi2 dorang nie.. apa tah lagi bila dah ada peralatan canggih.. bukan produser pilem blue pun pandai buat pilem dah.. guna hp..pun jadi. Isk isk iskk

No Komen lah pasal isu lif tu coz honey tak tgk pun..heheh:P
More
18 years 1 month ago #18079 by gmi
Replied by gmi on topic Re:PANAS!!! Skandal Dalam Lif
akom,

pakai tudung tu wajib, jadi kalu ade org2 mcm ni maknenye dia x paham pasal apa Allah suruh pompuan tutup badan diorang nih.

pakai tudung ikut trend mmg camtula jadiknye, kerana selain Allah memang x jadik punye. bukan dapat pahala, dapat dosa lagi ade.

so, kalu ade org yg tego pompuan2 yg freehair tu suruh diorg pakai tudung, korg xleh hujah kata \&quot;orgpakai tudung pun bukan baik\&quot; @ sbgainya, pasal ni tuntutan agama. so, kalau nak komen ape2 pasal hukum hakam tuh, kena rujuk dulu ape syara\' kata, xleh main hentam jerk. ok geng..
More
18 years 1 month ago #18082 by nizam
Replied by nizam on topic Re:PANAS!!! Skandal Dalam Lif
shafique wrote:

Hahaha.. gua pon tgk kat mykakis gak. dah ler rambut pon tak braper nak ade. Jem.. katanya skandal Bos ngan PA. :D Kalo betol ar kakitangan kerajaan hoh.. mampuih2.. wat malu kat anak buah jer. Jem2..

Siap upload kat youtube tue.. tak tau dah berapa ribu enpon ada clipz nie.. :D&lt;br&gt;&lt;br&gt;Post edited by: shafique, at: 2007/03/05 04:20


p/s : otai mykakis gak:laugh: :laugh:
Time to create page: 0.413 seconds