- Posts: 19
- Thank you received: 0
Padah tegur anak VIP
16 years 10 months ago #25616
by APC
Padah tegur anak VIP was created by APC
Oleh Kasdi Ali
[email protected]
IPOH: Anak seorang kenamaan (VIP) yang dikatakan berang selepas seorang lelaki menegur tindakannya membuat kecoh di sebuah pusat hiburan bertindak samseng dengan membawa sekumpulan kira-kira 20 lelaki untuk membelasah mangsa sehingga cedera parah.
Dalam kejadian jam 1 pagi Sabtu lalu, mangsa, Wan Mohd Aznam Noran, 42, patah tangan kanan, tulang bahu selain cedera di muka dan kaki selepas dibelasah menggunakan kerusi dan kayu oleh kumpulan lelaki terbabit dipercayai rakan anak VIP bergelar Datuk itu.
Kejadian berlaku ketika mangsa sedang minum di sebuah kedai makan berdekatan Pasar Ipoh, di sini.
Turut menjadi mangsa belasahan kumpulan lelaki terbabit ialah rakan mangsa, Shamsul Kamal Zabidin, 38, yang cedera di muka.
Berikutan kejadian itu, Wan Mohd Aznam dan Shamsul Kamal terpaksa dikejarkan ke Hospital Ipoh (HI) untuk rawatan kecemasan. Shamsul Kamal sudah dibenarkan keluar hospital manakala Wan Mohd Aznam masih menerima rawatan serta dijadualkan menjalani pembedahan Jumaat ini.
Wan Mohd Aznam ketika ditemui di HI semalam berkata, tiga jam sebelum kejadian itu, dia menegur empat lelaki termasuk anak seorang VIP yang membuat kecoh di sebuah pusat karaoke di Jalan Greenhill, dekat sini.
“Selepas menegur mereka, saya bersama dua rakan keluar dari pusat karaoke itu untuk pergi minum di sebuah kedai makan berhampiran Pasar Ipoh.
“Ketika minum, anak VIP itu menghubungi telefon bimbit saya dan memberitahu mahu menemui saya bagi menyelesaikan perselisihan faham,†katanya.
Bagaimanapun, katanya, sekumpulan lelaki datang menemuinya tidak lama kemudian dan mendakwa dia mengusik ‘adik’ mereka dan menyerang serta terus membelasah dirinya.
Mangsa berkata, rakannya, Shamsul Kamal yang cuba melindunginya turut dibelasah dan mereka hanya berhenti membelasahnya selepas melihat dia tidak bermaya.
“Ketika kejadian, anak VIP itu turut bersama kumpulan berkenaan dan saya serta Shamsul Kamal dibawa ke hospital untuk menerima rawatan kecemasan,†katanya.
Wan Mohd Aznam berkata, Shamsul Kamal membuat laporan polis pada Isnin lalu dan dia akan melakukan perkara sama sebaik dibenarkan keluar dari hospital.
Menurutnya, tindakan kumpulan lelaki terbabit yang mendakwa diri mereka anggota sebuah pertubuhan cuma memburukkan nama baik pertubuhan yang ditubuhkan dengan matlamat mengamalkan kebaikan dan mencegah kemungkaran serta membela nasib Melayu.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Azisman Alias ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu dan berkata, siasatan sedang dijalankan.
“Kes itu akan disiasat mengikut Seksyen 148 Kanun Keseksaan kerana merusuh dan berdasarkan siasatan awal, kejadian itu berlaku akibat perselisihan faham,†katanya.
Sumber : MyMetro 22 May, 2008

16 years 10 months ago #25618
by APC
Replied by APC on topic Ruj:Padah tegur anak VIP
Semoga kedua-dua lelaki tersebut mendapat keadilan sewajarnya. Takut nanti di masa akan datang, tak de lagi orang yang berani menegur salah laku seseorang.

- fazna_cute
-
- Offline
- Platinum Boarder
-
Less
More
- Posts: 559
- Thank you received: 0
16 years 2 months ago #30722
by fazna_cute
Replied by fazna_cute on topic Ruj:Padah tegur anak VIP
bagi sy laa...
bodoh betul vip belasah org yg x berslah kerana
tegur perbuatannya...
kalo dah salah,patutnya terima kenyataan laa...
nie x,di bantainya belasah org

16 years 1 month ago #31523
by cik_mawar
Replied by cik_mawar on topic Ruj:Padah tegur anak VIP
Tunggulah Balasan Akhirat lebih pedih azabnya.Berganda2..

- fazna_cute
-
- Offline
- Platinum Boarder
-
Less
More
- Posts: 559
- Thank you received: 0
16 years 1 month ago #31748
by fazna_cute
Replied by fazna_cute on topic Ruj:Padah tegur anak VIP
tapikn,zaman skrg nie laa,
kbykkn org vip sombong dan ego tinggi laa

Time to create page: 0.273 seconds