Bapa bersyukur anak pulang

More
17 years 11 months ago #25622 by APC
SETIU: “Saya bersyukur kepada Allah dan berterima kasih kepada semua pihak terutama akhbar Harian Metro yang berusaha membantu mengesan anak perempuan yang menghilangkan diri dari rumah sejak tiga bulan lalu dan kini sudah kembali ke pangkuan keluarga, tiga hari lalu.

“Malah sebaik berita kehilangannya dilaporkan Harian Metro, anak saya yang terbaca laporan itu bersetuju untuk pulang,” kata Mohd Rafi Ya, 43, mengenai kepulangan anak perempuannya, Nurul Asywani (gambar), 19, ketika ditemui di rumahnya di Taman Putra Jaya, di sini, semalam.

Sebelum ini, remaja berkenaan dipercayai menghilangkan diri akibat diperdaya seorang lelaki berusia 32 tahun yang sudah berkahwin dan bertugas di Dungun.

Menurut Mohd Rafi, sejak kepulangan anak perempuannya itu, dia sekeluarga kembali ceria seperti dulu, malah anak perempuannya itu juga berjanji tidak akan mengulangi kesilapan dilakukan sebelum ini.
“Insya-Allah, bermula saat ini, kami sekeluarga akan membina hidup baru dan tidak akan membangkitkan masalah lalu bagi memastikan hubungan kekeluargaan sentiasa utuh.


“Lebih tiga bulan keluarga kami hidup dalam kesedihan dan kebimbangan, kini Allah sudah memberikan kembali sinar kebahagiaan yang sudah lama tidak dikecapi sejak kehilangan Nurul Asywani,” katanya.

dalam nada gembira, semalam.

Katanya, anak perempuannya itu menghilangkan diri mengikut lelaki berkenaan kerana mahu cuba berdikari dan mencari pekerjaan.

“Kami sekeluarga bersyukur kerana Nurul Asywani semakin berubah dan kembali semula ke pangkuan keluarga,” katanya.

Sumber : MyMetro 20 May, 2008
More
17 years 11 months ago #25628 by APC
Replied by APC on topic Ruj:Bapa bersyukur anak pulang
Remaja ramai hilang

KUALA LUMPUR - Sepanjang tahun lalu, bilangan kanak-kanak dan remaja hilang adalah sebanyak 1,649 orang dengan 86 peratus berusia antara 14 hingga 17 tahun.

Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Noriah Kasnon berkata, punca hilang disebabkan tindakan mereka sendiri keluar dari rumah, lari mengikut teman lelaki atau terlibat dengan perkara yang boleh mengaibkan keluarga mereka.

\"Bagi usia 14 hingga 17 tahun ini, kemungkinan mereka sendiri keluar dari rumah adalah besar. Statistik bagi tahun 2005 hingga 2007, jumlah kanak-kanak hilang tertinggi adalah di Kedah (12 peratus) diikuti Johor, Selangor dan Kelantan,\" katanya.

Sumber : Kosmo 22 May, 2008
More
17 years 11 months ago #25629 by APC
Replied by APC on topic Ruj:Bapa bersyukur anak pulang
Wahai adik, kakak, abang, kalau ada sebarang masaalah jangan la ambik jalan mudah dengan melarikan diri. Tiap masaalah tentu ada jalan keluar. Bawa-bawa la berbincang dengan orang yang lebih arif. Dalam hidup nih, mana ada orang yang tak de masaalah. Kasihanilah pada ayah dan ibu yang telah bersusah payah membesarkan kita.:)
Time to create page: 0.447 seconds