- Posts: 19
- Thank you received: 0
Ugutan maut teman isteri
17 years 11 months ago #25623
by APC
Ugutan maut teman isteri was created by APC
Oleh Salman Hamat
[email protected]
KUALA LUMPUR: Seorang lelaki tidak menduga, isteri yang disangkanya patuh dan setia sebenarnya bersikap curang di belakang.
Mangsa seorang mekanik, Rosli Ngah, 37, mendakwa perbuatan isterinya semakin terserlah apabila wanita itu menyebelahi teman lelakinya yang membuat ugutan bunuh terhadapnya selepas dia berhasrat memujuk wanita itu tinggal bersama.
Difahamkan, mangsa dan dua anaknya tinggal berasingan dengan isterinya sejak dua tahun lalu berikutan masalah rumah tangga yang dihadapi, namun demi masa depan lima anak, dia nekad kembali tinggal sebumbung bersama wanita itu.
Ketika kejadian, Rosli berkata dia pergi untuk menemui teman lelaki wanita terbabit bagi menasihatkannya agar tidak lagi mengganggu isterinya, tetapi hasrat itu terbantut apabila ditegur dengan ugutan keras sehingga membahayakan keselamatan diri dan nyawa.
“Saya akan bunuh dia jika ‘ayang’ (isteri) kembali tinggal bersama dia (suami)†demikian kata-kata ugutan lelaki terbabit ketika bersemuka dengan mangsa.
Bukan hanya sedih dengan kecurangan isteri sendiri, mangsa juga menitiskan air mata selepas mendapat tahu isterinya yang tidak pernah diceraikan itu ditangkap khalwat bersama lelaki terbabit pada malam sambutan Hari Kekasih, Februari lalu.
Hiba si suami malang itu semakin bertambah selepas diberitahu rakannya ketika ditangkap si isteri membiarkan anak di bawah jagaannya tidur di atas lantai dengan hanya beralaskan kain sarung dan tidak berbantal sedangkan si ibu asyik memadu asmara dengan lelaki lain.
“Ketika ditahan anak-anak saya seakan-akan terbiar, mereka tidur dalam keadaan keletihan dan masih lagi lengkap memakai uniform sekolah macam tidak ada mak dan ayah,†katanya.
Berang dengan kejadian itu serta ingin mendapatkan hak penjagaan tiga anak yang didakwanya tidak dijaga dengan baik ibu sendiri, mangsa membuat laporan kepada Jabatan Agama Islam Johor mengenai sikap tidak bertanggunjawab isterinya.
Sumber : MyMetro 21 May, 2008

17 years 11 months ago #25625
by APC
Replied by APC on topic Ruj:Ugutan maut teman isteri
Dalam sesebuah rumahtangga, jika pasangan dah tak suka antara satu sama lain kita dibenarkan bercerai dengan cara baik, begitu la yang apple dengar dulu. Mungkin untuk mengelakkan perkara-perkara tak baik la agaknya. Kalau apple salah, harap ada sesapa tolong betulkan demi kebaikkan bersama
Time to create page: 0.388 seconds