- Posts: 19
- Thank you received: 0
Kes dera budak meningkat
17 years 11 months ago #25626
by APC
Kes dera budak meningkat was created by APC
Oleh Efindi Badarudin
[email protected]
KUALA LUMPUR: Kes penderaan termasuk penderaan seks terhadap kanak-kanak mencatatkan peningkatan apabila 754 kes dilaporkan sepanjang tahun lalu, berbanding 670 kes pada tahun sebelumnya.
Daripada jumlah itu, 700 kes membabitkan kanak-kanak perempuan menjadi mangsa penderaan dan ia membimbangkan kerana golongan berkenaan perlu diberi perhatian oleh masyarakat dan bukannya sebagai alat penderaan.
Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Dr Ng Yen Yen, berkata keselamatan kanak-kanak ialah isu serius kerana perlindungan golongan itu penting bukan saja memberi perlindungan daripada panas dan hujan.
Menurutnya, perlindungan kanak-kanak membabitkan emosi supaya sentiasa selamat dan dalam keadaan terkawal bagi menghalang golongan terbabit hilang semangat serta keyakinan diri.
Katanya, pendidikan awal juga perlu diberikan kepada anak mengelakkan diri mereka daripada menjadi mangsa penderaan serta gangguan seksual.
“Ibu bapa perlu diberikan pendedahan belajar mendengar dan melindungi anak mereka supaya kes penderaan dapat dihalang,†katanya pada sidang media selepas menyaksikan penyerahan cek oleh artis, Melissa Indot kepada dua pusat penjagaan kanak-kanak, di sini semalam.
Dua pusat itu ialah Pertubuhan Perlindungan dan Penyelamat Kanak-Kanak Selangor dan Kuala Lumpur serta Yayasan Salam Malaysia Pusat Jagaan Nur Salam.
Pada majlis itu, kedua-dua pusat berkenaan masing-masing menerima cek bernilai RM64,070 dan RM62,170 hasil kutipan derma oleh Melissa, seorang penyanyi baru.
Sumber : MyMetro 21 May, 2008

17 years 11 months ago #25627
by APC
Replied by APC on topic Ruj:Kes dera budak meningkat
Anak-anak adalah anugerah Allah yang patut disayangi dan dijaga dengan baik, tapi mengapakah kes penderaan meningkat? Adakah disebabkan tekanan hidup? :dry:
Time to create page: 0.378 seconds