BUDU

More
16 years 10 months ago #24630 by khumaira
BUDU was created by khumaira





BUDU
******
BAHAN:

Budu
(cap apa2 pun takpe)
2 sudu besar tempoyak
5 biji cili padi
(dipotong halus)
Buah mangga muda
(dipotong/diracik halus2)
1 Labu bawang besar
(hiris nipis)
1 biji tomato
(hiris nipis)
Sedikit air masak
Sedikit ajinomoto
(kalau tak letak pun takpe)

CARA:

Masukkan semua bahan2 tadi ke dalam mangkuk.gaul sebati.
Bolehlah dimakan sebagai penambah selera. Kalau dihidangkan dengan kuah ikan singgang, mesti sedap punya! Cicah dgn ulam-ulaman pun sedapppppp...:)
Attachments:
More
16 years 10 months ago #24641 by khumaira
Replied by khumaira on topic Ruj:BUDU





SAMBAL BUDU

BAHAN:

8 sudu besar budu ( cap ketereh atau pe2 aje )
4 ulas bawang merah
30 biji cili padi
1 inci kunyit hidup
1/2 sudu teh garam
2 biji limau sambal

CARA:

Tumbuk cili padi dan garam. Tumbuk sampai lumat, masukkan kunyit hidup dan tumbuk lagi.
Kemudian masukkan pula bawang merah, tumbuk kasar2 sikit. Alihkan bahan2 tumbuk ke dalam piring kecil.

Masukkan budu dan perahkan asam limau, kacau rata. Siap utk di makan bersama ulam-ulaman .....:woohoo:
Attachments:
More
16 years 10 months ago #24642 by khumaira
Replied by khumaira on topic Ruj:BUDU





BUAT PATI BUDU SENDIRI

BAHAN:
******
1 kg ikan bilis (Bersihkan.Jangan tos air hingga kering)
Garam kasar secukupnya
Segenggam asam jawa (isi sahaja)


CARA:
******
Bahagikan garam kepada 5 bahagian.Taburkan bahagian pertama garam di dasar bekas biar rata (bekas utk memerap budu).Seeloknya pakai bekas tembikar/porselin.

Gaulkan ikan bilis dengan asam jawa sampai rata. Bahagikan kepada 4 bahagian.
Taburkan ikan bilis ini di atas lapisan garam dalam bekas tadi.Kemudian taburkan pula selapis garam lagi di atas ikan bilis pula.Buat hingga abis.Buat berlapis-lapis sehingga akhirnya lapisan garam.

Tutup permukaan bekas dengan kain kasa (lampin bayi pun boleh).Biarkan kain ini tegang di permukaan mulut bekas.Kemudian tutup bekas ini dengan penutupnya dengan ketat.Simpan di tempat gelap selama 1 bulan atau hingga semua nya hancur.Jangan dedah kepada cahaya atau udara luar kerana ini boleh mengakibatkan budu berulat.Sesekali jenguk lah hasilnya.Tetapi jangan di kacau.

Bila semuanya sudah hancur, tapiskan pati budu ini dan gunalah seperti biasa.Simpan dalam peti sejuk....YESSSS...KLU BOLEH CUBALAH...B)
Attachments:
Moderators: khumaira
Time to create page: 0.303 seconds