BAHAN-BAHAN:
2 biji tomato (potong dadu)
1 labu bawang besar (potong dadu)
6 biji kentang (potong dadu)
500 gm brokoli (rebus)
500 gm bunga kubis (rebus)
2 ulas bawang putih (kisar)
3 ulas bawang merah (kisar)
5 tangkai cili kering (kisar)
1 sudu kecil serbuk kayu manis
1 sudu kecil kunyit
2 sudu kecil serbuk cili
Sedikit garam dan gula
CARA MENYEDIAKAN:
Mula-mula tumiskan bawang merah, bawang putih, bawang besar, cili merah sehingga naik bau. Kemudian masukkan garam dan gula secukup rasa, daun bay, serbuk kayu manis, serbuk kunyit dan serbuk cili. Selepas itu, masukkan ubi kentang dan bawang besar. Apabila ubi kentang hampir masak, barulah masukkan brokoli dan bunga kubis. Kacau dan gaul sebati.