MEE GORENG KICAP

More
16 years 10 months ago #24514 by khumaira
MEE GORENG KICAP was created by khumaira






MEE GORENG KICAP

BAHAN:

1 kg mee kuning
4 batang cili merah, dihiris
3 biji bawang besar, dihiris
300 gram daging, dipotong nipis dan perap dengan 1/4 cawan kicap dan 1 sudu teh serbuk lada putih selama 15 minit
200 gram udang, dibersihkan
seikat sayur sawi, dibersihkan dan potong kecil
2 biji telur
8 sudu besar sos cili
8 sudu besar sos tomato
3 sudu besar sos tiram
1/2 cawan kicap lemak manis
1 cawan air
1 sudu teh serbuk lada sulah
garam secukup rasa
serbuk perasa jika mahu
minyak untuk menumis

CARA:

1. Panaskan minyak dikuali, masukkan cili dan bawang yang telah dihiris dan tumis sehingga naik bau. Masukkan sos tiram, sos cili dan sos tomato dan gaul sebati.

2. Masukkan daging yang telah diperap dan tumis sehingga daging masak, kemudian masukkan 1/2 cawan kicap dan 1 cawan air bersama garam dan serbuk perasa.

3. Bila kuah telah mendidih, masukkan udang. Telur dihancurkan dan masukkan dalam kuah sedikit demi sedikit sambil dikacau. Kuahnya akan memekat sedikit.
4. Masukkan sayur.bila sayur telah mula layu, masukkan mee kuning dan gaul rata.
5. Angkat dan hidangkan. Boleh taburkan dengan bawang goreng jika mahu.
Attachments:
More
16 years 1 week ago - 16 years 1 week ago #33008 by khumaira
Replied by khumaira on topic Ruj:MEE GORENG KICAP





MEE GORENG SG.PETANI

BAHAN-BAHAN:

500 gm mi kuning

3 labu bawang besar (kisar)

4 ulas bawang putih (kisar)

5 gm cili kering (kisar)

2 biji telur

50 gm udang kering

2 tangkai cili merah (hiris)

2 tangkai daun sup (hiris)

30 gm sayur campur

20 gm tauge

20 gm kubis

20 gm sawi

2 sudu besar kicap cair

Minyak untuk menumis

Garam



CARA MENYEDIAKAN:

1) Mi direndam dengan air panas seketika dan dituskan.

2) Panaskan minyak dan tumiskan bawang besar, bawang putih dan udang kering

hingga naik bau.

3) Masukkan cili kering, biarkan ia garing sedikit.

4) Kemudian masukkan sayur campur, sawi dan kubis.

5) Tuangkan kicap cair dan garam secukup rasa. Kemudian masukkan mi dan tauge,

gaulkan sehingga rata.

6) Pecahkan telur. Angkat, hiaskan dengan cili merah dan daun sup.:positive:
Attachments:
Last edit: 16 years 1 week ago by khumaira.
More
16 years 1 week ago - 16 years 1 week ago #33012 by khumaira
Replied by khumaira on topic Ruj:MEE GORENG KICAP






MEE GORENG BIASA

BAHAN-BAHAN:

1 kg mi

400 gm udang (buang kulit)

300 isi ayam (potong kecil)

1/2 cawan cili kering kisar

3 sudu besar kicap manis

13 ulas bawang putih (tumbuk)

7 ulas bawang merah (tumbuk)

300 gm tauge

200 gm sawi

50 gm kucai


CARA MENYEDIAKAN:

1.Panaskan minyak dalam kuali dan tumiskan bawang hingga kuning.

2.Masukkan cili kisar dan tumis hingga pecah minyak. Masukkan isi ayam dan gaul rata.

3.Setelah itu masukkan pula udang. Gaul dan biarkan udang masak.

4.Mi yang dialirkan air dan ditus terlebih dahulu dimasukkan pula dan gaul rata.

5.Tuangkan kicap. Setelah rata semuanya, masukkan sawi dan kucai.

6.Akhir sekali masukkan tauge.
Attachments:
Last edit: 16 years 1 week ago by khumaira.
Moderators: khumaira
Time to create page: 0.287 seconds