JUS DURIAN BELANDA

More
18 years 6 months ago #24550 by khumaira
JUS DURIAN BELANDA was created by khumaira
image missing http://fungkur.org/media/kunena/attachments/legacy/images/CAZ7DWAT.jpg




JUS DURIAN BELANDA

Bahan-bahannya:

durian belanda, isinya dikeluarkan
gula
air panas
air masak
ais ketul

Cara-caranya:

1. Campurkan secukup gula dengan air panas untuk dijadikan air gula.
2. Isi durian belanda dicampurkan dengan air gula dan dilenyek-lenyek dengan
sudu supaya isinya serata dengan air gula.
3. Tambah air masak dan sejukkan dalam peti sejuk.
4. Setelah sejuk boleh tuang dalam gelas dan tambah ais ketul.:ohmy:
  • weirdlilgurl
  • New Member
  • New Member
More
18 years 5 months ago #25322 by weirdlilgurl
Replied by weirdlilgurl on topic Ruj:JUS DURIAN BELANDA
image missing http://fungkur.org/media/kunena/attachments/legacy/images/res_jus_durian_belanda.jpg

resepi yang kedua...lebih kurang je..cuma penambahan susu krim je

Bahan-bahannya:
200 gram isi durian belanda
500 ml air masak
50 ml susu krim

Cara-cara membuatnya:
1- Masukkan isi durian belanda, susu krim dan air kedalam pengisar dan putar hingga hancur.
2- Sejukkan di dalam peti sejuk.
3- Semasa menghidang masukkan sedikit isi durian belanda.
Moderators: khumaira
Time to create page: 2.804 seconds