Kembalikan Gagasan Setia

More
18 years 3 months ago #14696 by raga
Lakar sejarah tidak pernah sunyi
Bila sahaja keabadian menjadi petanda sepi
Sebuah waktu berdaulat, diinjak terlerai
Tidak termampu menyaksikan perit getir bersilih ganti
Hidup atau mati
Semuanya seolah menjadi azimat
Kudrat dan keramat
Menyiksa teramat
Di bumi sendiri
Terasa terasing lalu terjerat
Hilanglah indah nilai setia
Antara kita
Terjanji dahulu kala
Termaktub ia di khazanah bonda

Hilangkan terus hilang
Andai laluan terus terhalang
Oleh..
Cinta tak bermakna, pada dunia sekali cuma
Kasih tak teruja dek pimpinan buasan nafsu amarah
Sayang tak terperi oleh keriduan melampau
Hanya imbasan igauan laungan titipan naluri
Insaniah terabai

Keluh dan kesah
Menanti pujaan dan pujian
Agar ia secantik bulan purnama
Seindah bintang berkelipan di cakrawala raya
Memujalah ia laksana anggun puteri bersiram

Tiada cacat celanya
Indah belaka-laka
Sering berlegar di sekeliling kita
Menjadi amanat terpahat tidak dinista
Hingga lenyap sopan dan budaya agung
Selenyap bayangan bila mentari tersandung

Dengarlah ini teman
Andainya itu menjadi keagunganmu
Menjadi pegangan dan pedoman
Mengembara di alam kehidupan
Kembalikanlah cepat gagasan itu
Sepantas pertama kali kita dinobatkan
Laksana penegak keadilan, pendokong warisan
Di kitab terbilang menjadi sandaran
Insan dan watan
Di bumi milik tuhan.
Time to create page: 0.223 seconds