KENAPA AKU SAYANG IBU??

More
16 years 1 month ago #30278 by mila_shamila
Kenapa aku sayang ibu?


Apabila Cuma ada sepinggan nasi untuk di kongsi bersama aku dan yang lain,
Ibu berkata, “makanlah nak, mak tak lapar,”
Sedangkan aku tahu belum ada sebutir nasi pun yang jatuh ke lantai perutnya..
Apabila Cuma ada segelas susu untuk dikongsi bersama aku dan yang lain,
Ibu berkata, “minumlah nak, mak tak haus,”
Sedangkan aku tahu belum ada setitis air pun yang membasahi dinding kerongkongnya..
Apabila tiba hari raya,
Dia membelikan kami seorang 4 meter kain untuk dia jahitkan baju,
Namun bila kami tanya, “mana kain untuk baju mak?”
Ibu jawab, “tak apa lah nak, baju mak yang lama kan masih ada lagi..”
Sedangkan aku tahu sudah berapa kali hari raya berulang, mak masih memakai baju yang lama..
Apabila Cuma ada satu bantal panjang untuk dikongsi bersama aku dan yang lain,
Ibu beri bahagiannya pada aku, “tidurlah nak, mak belum mengantuk,”
Sedangkan aku tahu mak seharian di rumah membereskan sebesen pakaian kami untuk dibasuh..
Dan pagi-pagi aku lihat mak baring di lantai beralas tangannya yang telah dimakan usia..
Aku lipat selimut yang kami pakai lalu aku alaskan di bawah kepala ibu,
Itu dulu
Waktu kami Cuma punya kain sehelai sepinggang,
Rezeki macam ayam,
Kais pagi makan pagi,
Kais petang makan malam..
Kini..
Apabila aku demam,
Ibulah orang pertama yang akan bimbang dan cemas,
Apabila malam aku tak dapat tidur,
Ibu gamit aku dalam pelukannya,
Langsung aku akan tidur dalam tangannya..
Apabila aku ada masalah yang tak dapat aku selesaikan sendiri,
Aku akan luahkan pada ibu,
Ibu akan pujuk aku,
Sampai hatiku tenang
Apabila aku ingin bermanja dengan ibu,
Aku akan baringkan kepalaku di atas ribanya,
Ibu akan mengusap dahiku,
Terkadang aku terlena di situ..
Sikitpun tak dia alihkan kepalaku..
Apabila ada sesuatu yang nak aku makan..
Ibu akan sedaya upaya membuatnya untuk aku
Apabila ada sesuatu yang aku nak pakai,
Ibu akan sedaya upaya membelikannya untuk aku..
Terkadang aku terfikir,
Bagaimana nanti aku,
Tanpa ibu di sisi?
Di mana aku nak luahkan
Masalah?
Di mana nak aku baringkan kepala dengan manja?
Di mana dapat aku rasa pelukan sehangat pelukannya?
Dimana dapat aku rasa masakan selazat masakannya?
Di mana dapat aku rasakan kasih sehebat kasih sayangnya??
Selagi aku masih bernyawa,
Ibu akan tetap aku bela
Kerana ibu dan tangan perkasanya,
Telah menjadikan aku
Manusia bernama manusiA

Attachments:
More
16 years 1 month ago #30377 by mastersuse
sbb ada kita syg ibu?
sbb ibu dah melahirkan kita dengan \'berperang\' dengan nyawa.. :(
More
16 years 1 month ago #30420 by fazna_cute
kenapa kita syang ibu?
persoalan ini sering berlegar di minda kita
kadang2 ia akan muncul
kdg2 ia akan ghaib begitu saja
di fikiran setiap insan

ibu adalah org yg b\'tanggungjawab
melahirkn kita ke dunia ini
memberi kita ajaran ttg dunia
betapa baiknnya hati seorg ibu

kasih ibu kpd anaknya mencurah2
ia x bertepi bak lautan
malah kita x akan mengungkapnyasbg kata2

kita susah nak membalas jasa ibu
kerana ibu yg mendidik kita sejak kecil
sampai ke dewasa
malah tiada ungkapan utk ibu

:)
Time to create page: 0.276 seconds