ROTI KOBIS

More
10 years 1 month ago #32765 by khumaira
ROTI KOBIS was created by khumaira





Bahan A (Kulit)

300 gram tepung gandum, diayak
1 biji telur
75 gram minyak sapi
garam secukup rasa
air secukupnya

Bahan B (Dikisar Halus)

2 sudu makan ketumbar serbuk
1 sudu makan jintan kasar
1 sudu makan jintan manis
2 ulas bawang putih
3 kuntum bunga cengkih
2.5 cm halia
2 cm kulit kayu manis
garam secukupnya

300 gram daging lembu, dicincang halus
300 gram bawang besar, dihiris
200 gram daun sup dan daun bawang, dihiris
5 biji lada merah, dibuang biji dan dihiris halus
50 ml minyak
3 biji telur
450 ml minyak
600 gram tomato, digubah menjadi bunga matahari
600 gram daun salad, dipetik sekelopak-sekelopak
(JIKA HENDAK MENGHIAS)

Cara-caranya

1. Kulitnya: Gaulkan tepung dengan minyak sapi serta telur hingga rata. Masukkan
garam dan air secukupnya lalu ulilah hingga lembut seperti menguli tepung
epok-epok.

2. Bahagikan adunan ini kepada enam bahagian mengikut peringkat-peringkat, iaitu
bahagian kedua lebih sedikit daripada bahagian pertama, bahagian ketiga lebih
sedikit daripada bahagian kedua dan seterusnya.

3. Intinya: Panaskan 50 ml minyak. Tumis Bahan B hingga berbau wangi. Masukkan daging
dan sedikit sahaja air untuk mengempukkannya. Apabila daging sudah empuk, angkat
dan gaulkan dengan daun sup dan daun bawang, bawang dan lada merah. Gaul
rata-rata. Bahagikan inti ini kepada enam bahagian, sama seperti membahagikan
kulitnya tadi.

4. Pecahkan 3 biji telur dan kacau perlahan-lahan.

5. Panaskan 450 ml minyak kelapa di atas api yang sederhana.

6. Sementara itu canaikan tepung yang diuli tadi bahagian yang paling kecil, bubuh
inti (bahagian yang sedikit juga) dan siramkan dengan sedikit telur lalu
dipunjutkan atasnya (kulit tepung membaluti intinya). Gorenglah hingga masak dan
kekuning-kekuningan.

7. Sementara yang digoreng tadi setengah masak, canaikan bahagian kedua tepung kulit,
bubuh inti dan siramkann lagi dengan telur. Kemudian bubuh bahagian yang digoreng
tadi diatasnya lalu dipunjutkan lagi tepungnya menutupi intinya. Gorenglah
bahagian ini hingga garing dan masak. Ulang lagi proses ini sehingga kesemua
bahagian habis. Hendaklah diingat supaya menggunakan api yang sederhana sahaja
ketika menggoreng ini kerana dikhuatiri kuih akan hangus tetapi mentah didalam.

8. Untuk menghidangkannya, susun daun salad di atas pinggan. Letakkah kuih yang sudah
dimasak tadi. Potong lapan bahagian tetapi jangan diputuskan. Bukakan potongan-
potongan itu seperti bentuk kobis.

9.Hiaskan dngan tomato atau salad jika mahu.:positive:
Attachments:

Please Log in or Create an account to join the conversation.

More
10 years 1 month ago #32766 by khumaira
Replied by khumaira on topic ROTI KOBIS
Attachments:

Please Log in or Create an account to join the conversation.

Moderators: khumaira
Time to create page: 0.202 seconds