PAJERI TERUNG

More
12 years 5 months ago #24543 by khumaira
PAJERI TERUNG was created by khumaira





PAJERI TERUNG

BAHAN:

3 biji terung panjang
2 sudu besar rempah kari daging
2 cawan santan pekat
1 btg kulit kayu manis
1 biji bunga lawang
2 biji bunga cengkih
2 sudu besar udang kering
2 ulas bawang putih
5 ulas bawang merah/ 1/2 biji bawang besar
minyak untuk menumis
3-4 biji belimbing buluh.
3-4 biji lada hijau
1/4 keping gula melaka
garam secukup rasa

Cara-cara:

kisar bawang putih, bawang merah, udang kering. Gaulkan dengan rempah kari.
Terung pula, potong 2 dan setiap bahagian tu belah 4 tapi jgn sampai terputus

Tumis bahan kisar tadi dgn rempah kari , kulit kayu manis, bunga cengkih dan bunga lawang sehingga pecah minyak.
Masukkan santan, biarkan sampai mendidih.

Kemudian masukkan terung, belimbing, lada hijau, garam dan gula melaka. Masak sehingga kuah pekat.
Rasakan masin manisnya. kalau ada yg terkurang bolehlah ditambah.:cheer:
Attachments:

Please Log in or Create an account to join the conversation.

Moderators: khumaira
Time to create page: 0.144 seconds