Israel - Laporan Terkini!!! Bantahan!!Cemuhan!!!

More
18 years 5 months ago #12152 by utec_boy
islam x akan menang selagi solat subuh x seperti solat jumaat...
pikir2kanla....
More
18 years 5 months ago #12153 by khizalid
emmmm betul tu dari situ kite akan dapat lihat......org yang rajin sembahyang akan lebih kuat iman nyerrrr.........apabila iman yang kuat tiada apa laaaa yang berani menganggu org islam.........apabila bersembahyang berjemaah laaaaa kiteeeee........ini menunjukan umat islam bersatu padu.......tak gitu
More
18 years 5 months ago #12538 by khizalid
Israel nodai kesucian Ramadan bunuh 13 penduduk Palestin


BANDAR GAZA 13 Okt. – Tentera rejim Israel dengan biadab tanpa mengira kesucian bulan Ramadan terus menjadikan penduduk dan pejuang-pejuang Palestin sebagai mangsa kekejaman yang kini memasuki bulan keempat.

Dalam serangan terbaru tentera Yahudi hari ini, tiga pejuang Hamas terbunuh ketika serangan dilancarkan, manakala rejim Zionis meningkatkan tekanan ke atas Genting Gaza berikutan kebuntuan dalam pembentukan kerajaan perpaduan di Palestin.

Serangan hari ini menyaksikan bilangan rakyat Palestin yang terkorban meningkat kepada 13 orang dalam tempoh 24 jam selepas tentera Yahudi memulakan serangan terbaru yang tertumpu di bahagian selatan kawasan Gaza sejak awal semalam.

Tindakan ketenteraan Israel ke atas rakyat Palestin, tetapi gagal dibendung oleh masyarakat antarabangsa telah memasuki bulan keempat.

Rejim Yahudi juga pada Julai dan Ogos lalu bertindak kejam ke atas Lebanon sehingga memusnahkan banyak harta benda dan membunuh lebih 1,000 nyawa yang tidak berdosa.

Serangan ketenteraan ke atas Lebanon berlarutan selama 34 hari.

Seorang ahli perubatan yang menyaksikan kejadian tersebut berkata, ketiga-tiga pejuang Hamas termasuk seorang ketua tempatan terbunuh dalam serangan udara ke atas kenderaan yang mereka naiki, sementara lima orang awam Palestin cedera di bandar Beit Lahiya di sebelah utara Palestin.

Pihak tentera Israel mengesahkan serangan tersebut dan menyatakan bahawa kenderaan sedang membawa senjata.

Briged Ezzedine al-Qassam merupakan salah satu dari tiga kumpulan yang mengaku bertanggungjawab ke atas penculikan seorang askar Israel, Koperal Gilad Shalit yang seterusnya mencetuskan serangan Israel selama empat bulan ke atas Genting Gaza yang mengorbankan kira-kira 250 nyawa sehingga kini.

Sementara itu, seorang wanita berusia 29 tahun ditembak mati oleh tentera Israel yang beroperasi di selatan Palestin, manakala seorang lagi warga Palestin maut dalam serangan udara yang dilancarkan rejim Yahudi ke atas sebuah rumah pejuang Hamas.

Seorang jurucakap tentera Israel berkata, pihaknya telah menembak salah seorang dari dua pejuang di selatan Gaza, namun ketika ditanya mengenai kejadian tembak melibatkan wanita itu, dia menyatakan ada mendengar dakwaan tersebut dan sedang menyiasat.

Masalah dalaman Palestin menyebabkan usaha membentuk kerajaan perpaduan yang dirangka demi menyelesaikan masalah kewangan dan politik menemui jalan buntu.

Pada masa yang sama, pasukan perubatan menyatakan bahawa sebanyak 20 orang rakyat Palestin mengalami kecederaan dalam pertempuran antara penyokong Hamas dan Fatah di Beit Lahiya.

Keganasan antara kedua-dua kumpulan tersebut berlaku berikutan kematian seorang pegawai perisikan Fatah dan seorang pegawai Hamas di bandar Gaza.

Hamas pula menolak keras tekanan daripada Presiden Palestin, Mahmoud Abbas dan desakan antarabangsa supaya menerima program politik yang mengiktiraf Israel dan perjanjian Israel-Palestin yang ditandatangani pada masa lalu.

Di Damsyik, pemimpin Hamas dalam buangan, Khaled Meshaal menyeru pemimpin Arab dan Palestin mengadakan perbincangan mengenai pembinaan negara Palestin di kawasan yang diduduki Israel pada 1967.
More
18 years 5 months ago #12750 by khizalid
Eropah akan ‘sengsaraââââââ‚ÂÃÃ
More
18 years 5 months ago #12764 by khizalid
Pemimpin Israel “sebuah kumpulan pengganasââÃÂÂÂÂÃ
More
17 years 6 months ago #20520 by khizalid
Askar Yahudi bunuh budak Palestin

TULKAREM: Tentera Israel tidak mengenal mangsa menembak mati seorang budak lelaki yang sedang duduk di atas pokok ara di kampung Seida, berhampiran Tulkarem di Tebing Barat, lapor agensi berita Ma\'an.


Mahmoud Al Qarnawi, 11, dibiarkan berlumuran darah oleh tentera Israel yang menembaknya. Apabila ditanya ibu mangsa sama ada anak lelakinya itu masih hidup, mereka cuma menjawab: “Mungkin.”

Mangsa mempunyai kerakyatan Israel tetapi melawat saudaranya di wilayah Palestin.

Wakil Ma’an di Tulkarem bertemu keluarga Mahmoud yang memberitahunya budak itu ditembak Pasukan Khas Israel.

Kakak Mahmoud, Ruqaiya, 16, berkata dia menjadi saksi pembunuhan adiknya itu.

“Saya dengar bunyi tembakan di belakang rumah. Saya membuka pintu pagar untuk melihat apa yang berlaku dan salah seorang tentera Israel menembak saya. Saya tidak cedera. Saya duduk di dalam bilik dan tidak lama kemudian ibu saya datang.

“Saya dan ibu keluar untuk menyaksikan kejadian paling mengerikan pernah dilihat dalam hidup saya. Mahmoud berada di atas tanah di bawah pokok ara. Dia bergerak tetapi tidak bersuara. Dia berlumuran darah,” katanya.

Ruqaiyah berkata, ibunya bertanya salah seorang anggota tentera rejim Zionis itu sama ada anaknya masih hidup dan cuma menerima jawapan ‘mungkin dia hidup lagi.’

“Mereka menunggu sehingga adik saya meninggal dunia dan kemudian pergi,” kata Ruqaiya. – Agensi

More
17 years 6 months ago #20562 by khizalid
Israel jejas proses damai

Tiga kanak-kanak Palestin maut kena bedilan askar Zionis di Gaza



BEIT HANOUN: Kematian tiga sepupu kanak-kanak rakyat Palestin dalam serangan Israel terhadap pelancar roket pejuang di Gaza menjejaskan sekali lagi usaha mencapai kemajuan dalam proses damai Israel dan Palestin sebelum sidang keamanan tajaan Amerika Syarikat berlangsung November depan.


Tentera Israel mendakwa, ia mengesan kelibat seseorang melancarkan roket pada tengah hari kelmarin dan melakukan serangan dari arah darat, menyebabkan kematian tiga kanak-kanak itu.

Saksi mengesahkan pelancaran roket di kawasan itu yang padat dengan penduduk.

Kawasan itu biasanya digunakan pejuang Palestin untuk melancarkan serangan roket ke arah selatan Israel. Tentera berkata, 92 roket dan 118 bedilan meriam mengenai Israel beberapa bulan sebelumnya.

Dr Moaiya Hassanain dari Kementerian Kesihatan Palestin berkata, Mahmoud Ghazal, 10, dan sepupunya, Yehiya Ghazal, 12, terbunuh dan seorang lagi sepupu, Sara Ghazal, 10, cedera parah. Sara meninggal dunia di hospital.

“Kami mendengar letupan, diikuti jeritan kanak-kanak. Kami adalah mangsa pendudukan (Israel) dan mangsa salah laku pejuang yang memilih secara rambang kawasan kami untuk menyerang Israel,” kata seorang saudara mangsa, Wasfi Ghazal.

Dalam kenyataan, tentera Israel melahirkan rasa simpati sambil mendakwa pejuang menggunakan remaja dalam serangan mereka.

Sebelum ini, tentera Yahudi menuduh pejuang Palestin menghantar kanak-kanak mengutip pelancar roket mereka, tetapi ia tidak mengatakan secara jelas pembabitannya dengan kematian tiga kanak-kanak itu.

Ketua perunding Palestin, Saeb Erekat, mengutuk pembunuhan kanak-kanak terbabit dan menjangka keganasan akan melahirkan lebih banyak keganasan.

“Ia akan menambah kerumitan dan ketegangan,” kata Erekat.

Jurucakap pemimpin militan Islam Hamas di Gaza, Taher Nunu, berkata serangan ketika perjumpaan Olmert-Mahmoud ‘mengesahkan keinginan agresif Israel dan kurangnya minat dalam mencapai persefahaman dengan pihak Palestin.” Dia menggesa Mahmoud supaya berhenti daripada berunding dengan Olmert.

Ramai penduduk awam Palestin terbunuh akibat serangan Israel yang disasarkan ke atas militan. Kejadian paling serius ialah pada 8 November lalu membabitkan 18 orang awam termasuk lapan kanak-kanak terbunuh akibat serangan roket Israel. Israel kemudian mengumumkan menghentikan serangan roketnya di Gaza selepas itu.

Kematian kanak-kanak itu ketika persimpangan kritikal dalam usaha mengembalikan usaha damai di timur tengah.

Pada sidang kemuncak Selasa lalu, Olmert dan Mahmoud pertama kali membincangkan isu utama yang menyebabkan usaha damai tertangguh sejak berdekad lalu.

Mahmoud berkunjung ke Jordan kelmarin untuk memberi taklimat kepada Raja Abdullah II berhubung perbincangan itu. Selepas mesyuarat tertutupnya, Mahmoud memberitahu Jordan TV bahawa sidang damai antarabangsa ditaja Amerika pada November ini berdepan kegagalan jika rancangan menyelesaikan konflik itu tidak dicapai.

“Jika kita ke persidangan itu tanpa kesahihan penyelesaian...Saya tidak fikir persidangan itu akan memberi sebarang manfaat,” katanya.

Kedua-dua pihak bersetuju untuk meneruskan rundingan selepas mesyuarat Selasa lalu.

Yasser Abed Rabbo menggambarkan perbincangan itu sebagai ‘tidak menggalakkan’ dan memberi amaran bahawa ‘sikap teragak-agak’ Israel mengenai penyelesaian isu paling sukar antara kedua-dua pihak boleh menggagalkan rancangan persidangan damai. – AP
Time to create page: 0.313 seconds