Remember Me     Forgot Login?   Sign up  

PETUA MENCUCI HATI

More
15 years 10 months ago #26021 by radenajengnirwani
1. Dirikan solat dan banyakkan berdoa - Ini adalah salah satu kaedah yang sungguh berkesan. Semasa berdoa turut katakan: Ya Allah, jadikan hatiku
bersih .
2. Selawat keatas Nabi Muhammad s.a.w paling minima 100X sebelum tidur. Ini merupakan satu pelaburan yang mudah dan murah. Disamping dosa-dosa di-ampunkan, otak tenang,murah rezeki, orang sayangkan kita dan mencetuskan semua perkara kebaikan.
3. Solat taubat - Selain daripada memohon keampunan, dapat mencuci hati dan menenangkan minda.
4. Membaca Al-Quran - Selain dapat mencuci hati juga menenangkan jiwa, penyembuh, penenang, terapi. Sekurang- kurangnya bacalah Qulhu-allah sebanyak 3X..
5. Bermaaf-maafan sesama kawan setiap hari - Semasa meminta maaf perlu sebutkan.
6. Bisikan kepada diri perkara yang positif - Jangan sesekali mengkritik, kutuk diri sendiri, merendah-rendahkan kebolehan diri sendiri. Katakan lah: Aku sebenarnya(perkara yang elok2 belaka).
7. Program minda/cuci minda - Paling baik pada waktu malam sebelum tidur, senyum, pejam mata. Katakan didalam hati: Ya Allah, cuci otak aku, cuci hatiku. Esok aku nak jadi baik, berjaya, ceria, bersemangat, aktif, positif Menurut kajian saikologi, apa yang disebut sebelum tidur dapat dirakamkan sepanjang tidur sehingga keesokan harinya - CUBALAH!!).
8. Berpuasa - Sekiranya dalam berpuasa, terhindar dari melakukan perkara2 kejahatan.
9. Cuba ingat tentang mati (Sekiranya hendak melakukan sesuatu kejahatan, tidak sampai hati kerana bimbang akan mati bila2 masa).
10. Kekalkan wuduk.
11. Bersedekah.
12. Belanja orang makan.
13. Jaga makanan - jangan makan makanan yang subhat (was2, tidak pasti halal atau tidak).
14. Berkawan dengan ulama.
15. Berkawan dengan orang miskin (menginsafi).
16. Pesan pada orang, jadi baik.
17. Menjaga pancaindera (mata, telinga, mulut dsb). Jangan dengar orang mengumpat.
Sampaikanlah pesanan ini walaupun 1 ayat

Attachments:
More
15 years 10 months ago #26032 by movies2u
Replied by movies2u on topic Ruj:PETUA MENCUCI HATI
apsl tak bole dlwd lagu kt site ni??
nak lagu bau- warkah...sape2 ade..tlg send kt [email protected]
More
15 years 10 months ago #26059 by iman
Replied by iman on topic Ruj:PETUA MENCUCI HATI
movies2u tulis:

apsl tak bole dlwd lagu kt site ni??
nak lagu bau- warkah...sape2 ade..tlg send kt [email protected]


kat thread ni ke nk rekues?ekeke..rs nya dh silap kot..huhu...

refer kepada post diatas..tenkiu byk2...semoga aku dpt melakukan apa yg dikongsi ni xbyk sikit pon jd la..huhu.
More
15 years 10 months ago #26484 by Sky_Hanz
Replied by Sky_Hanz on topic Ruj:PETUA MENCUCI HATI
Thnx la buat radenajengnirwani sbb post info2 mcm nie... Alhamdulillah la semua nyer mmg mencuci hati ini yg kdg2 kian lepa n kelam di bawa arus zmn moden skang nie... :)
More
15 years 10 months ago #26652 by pijon
Replied by pijon on topic Ruj:PETUA MENCUCI HATI
nescaya idup kta akn lbih brmkna jka kta mgamalkn nye;)
Time to create page: 0.420 seconds