MAsalah Kegemukan

More
19 years 6 months ago #10520 by apih
Replied by apih on topic Re:MAsalah Kegemukan
UM... macam tu yek?Makan lah dengan di mulakan bismiilah dan doa makan.
makan sebelum lapar... berhenti sebelum kenyang...

nak kuruskan ?PUASA LA... puasa sunat ke ganti yang tahun lepas ke...
Disamping dapat menguruskan badan....Dapat gak pahala...
Wallahua'lam
More
19 years 6 months ago #10906 by guydacosta
Replied by guydacosta on topic Re:MAsalah Kegemukan
ermmm... korang perasaan x... kebiasaan nyer org berbaan besar nie kan.. selalunyer dipersalahkan... or dituduh... or dipermainkan... mungkin itu lumrah alam kot... siapa sahaja layak mengata dan memperlekehkan orang yang berbadan besar... it is rite?

sering kita dengo kan... "tu la ko.. badan besar sangat..." or "kenapa ko gemuk sangat sangat hah" or " ko makan ape ek sampai bulat macam nie" or "org gemuk mana leh join" dan macam2 la lagi...

secara x langsung mahupon langsung.. org gemuk akan merasa rendah diri walau pon diwajahnyer tergambar seribu kemanisan dan senyuman... dalam hati siapa tahu... secara x sedar.. ini menimbulkan konflik dalaman diri. lama-kelamaan dia akan cuba menjauhi masyarakat dan hidup dengan dunianya.. dan mungkin mengalami masalah kemurungan dan mungkin lebih buruk lagi...

kenapa kita sering mengata sedemikian rupa... apa hak kita untuk mengutuk dan menghina ciptaanNYA...
More
19 years 6 months ago #11316 by fatlee
Replied by fatlee on topic Re:MAsalah Kegemukan
guydacosta wrote:

ermmm... korang perasaan x... kebiasaan nyer org berbaan besar nie kan.. selalunyer dipersalahkan... or dituduh... or dipermainkan... mungkin itu lumrah alam kot... siapa sahaja layak mengata dan memperlekehkan orang yang berbadan besar... it is rite?

sering kita dengo kan... "tu la ko.. badan besar sangat..." or "kenapa ko gemuk sangat sangat hah" or " ko makan ape ek sampai bulat macam nie" or "org gemuk mana leh join" dan macam2 la lagi...

secara x langsung mahupon langsung.. org gemuk akan merasa rendah diri walau pon diwajahnyer tergambar seribu kemanisan dan senyuman... dalam hati siapa tahu... secara x sedar.. ini menimbulkan konflik dalaman diri. lama-kelamaan dia akan cuba menjauhi masyarakat dan hidup dengan dunianya.. dan mungkin mengalami masalah kemurungan dan mungkin lebih buruk lagi...

kenapa kita sering mengata sedemikian rupa... apa hak kita untuk mengutuk dan menghina ciptaanNYA...



dulu aku slalu la kene.....x skang dah ok da...aku anggap bende nie sebagai gurauan je.....
More
19 years 3 months ago #13141 by guydacosta
Replied by guydacosta on topic Re:MAsalah Kegemukan
ermm alangkah bahagianya kalu aku seorang fatlee...
ermm betul ker fat dh x dulik... bagus la kalu mcm tu... tapi itu fat.. bukan guy... guy susah hati nie.. x boleh jadi ni... kena do sumthin la...
sumthin that make me feelin good... inside and outside...
More
19 years 3 months ago #13151 by atukopah
Replied by atukopah on topic Re:MAsalah Kegemukan
guydacosta wrote:

kekawan... nk minta tolong nie.. bagaimana cara nk control masalah nie.. susah sangat la... so nk mintak pendapat korang semua... kembalikan zaman kegemilangan aku yang dulu......

disebabkan masalah nie..kita rasa mcm rendah diri.. selalu takut diejek.. konfiden diri x der.. nk bergaul pon malu... bila nk kluar pon rase x sedap hati.. mcm2 la timbul... fikiran pon kekadang terganggu..

aku yang keliru antara kegemukan dan kekurusan diri....
kemontelan menghantui diri ini seringkali menjadi kesukaan ramai...
keboyotan meresahkan fikiran seringkali menjadi ejekan ramai..
kegendutan menghinakan seringkali menjadi dinding pemisah...


nie nak nyanyi lagu zainal abidin nieh..
\"kita serupa..kita serupa..\" :laugh:
aku pun tgh tensen ttg problem gemuks nieh..
biasa arr kalo gemuks nie..
condifent diri tu kurengs sket..
rs rendah diri nk bgaul dgn org..
takot sat gi org tu tak suka ker kawan dgn owg montel2 cm aku nieh..:(
tp..salah ker gemuk..??
ingat senang ker mak dgn abah nk cr duet bg aku cukup makan sampai jd sebesau ini..??:woohoo:

hik..hik..hik..
More
19 years 3 months ago #13153 by atukopah
Replied by atukopah on topic Re:MAsalah Kegemukan
iEn wrote:

turut feeling begitu juga.. dulu ien berisi.. skang ni kurus sgt.. bile balek kampung jek.. mule laah sedara mara duk pokpek tanya itu ini.. \"napa kau kurus sgt nie?\". adeeh.. dulu berisi pon kene tegur gaak..kurangkan makan berlemak.. skang ni dah tinggal kurus keding pon kene tegur gak.. Grrr! tencen jeek.. :angry:


nk ty sket..
aper rahsia kekurusan anda..??:woohoo:
share sket..:)
More
19 years 3 months ago #13197 by guydacosta
Replied by guydacosta on topic Re:MAsalah Kegemukan
haha.. kita serupa... eh serupa ker kita? hehe..
erm tu la pasal atukopah... kadang2 tu tension kan...
buat penat jer... memang masalah tul la... pada hal banyak lagi perkara lain yang patut difikirkan... tapi bila tgk keadaan diri...last2 itu jugak yang difikirkan... apa la nasib...
ermm... salah ker gemuk? gemuk x bersalah kot! mungkin diri kita yang bersalah.. haha..
More
19 years 3 months ago #13210 by atukopah
Replied by atukopah on topic Re:MAsalah Kegemukan
eceh..
guy..mmg kita tak serupa..
dr segi jantinanya..
hakhakhak..:laugh:
hurm..itu la..
gemuk..gemuk..dan gemuk..:pinch:
utk pertanyaan ko \"salah ker gemuk..??\"
pd aku tak salah as long as kita sehat..
tak der sakit lemah jantong..darah tinggi..kencing gula..
dh ler..:lol:
tp..wut ever our reason is..
kita kena gak berbalik kepada alam nyata bahawasanya kita hidup di dalam satu komuniti yg mmg pandang slek skit arr kt owg2 yg seangkatan dgn kita nie..
kalo laki nampak pompuan gemuk..
sure pandang sblh mata jerk..
begitu jugak kalo pompuan pandang laki gemuk..
kenapa la kedua-dua kaum adam dan hawa nie tak ble ubah sket pemikiran dorg..
contohnyer..
bila nampak lelaki/pompuan gemuk..
knp dorg tak kata:-
\"aduai..comeinyer budak tu..\"
:woohoo:
More
19 years 1 week ago #17592 by jinki
Replied by jinki on topic Re:MAsalah Kegemukan
korang nk kurus tp aku nk gemok...wahaha...dh korang gemok nk buat camne kn???mungkin kadar metabolisme korang rendah..(betul ke aku ni??)

care nk kurus...jgn lerr asyik bertenggek kt forum ni jerr...pergi laa supermarket ke farmasi ke...beli produk kuruskan badan...hehe:P

gemok org mengate kurus pn orang ngate jugak....:S
More
17 years 10 months ago #23977 by khumaira
Replied by khumaira on topic Ruj:MAsalah Kegemukan


NAK KURUSKAN BADAN? JOM BACA....

Dulu kat sekolah dipanggil papan lapis konon, sebab terlalu kurus. Kini dah dewasa metabolisme badan dah menurun dan berat badan makin naik...ish...fed up nya...pergi shopping macam malu aje nak ambik saiz L, betul tak? Macam benci aje orang yang membeli pakaian bersaiz S. Daripada kita dengki, baiklah kita cuba lakukan sesuatu untuk menurunkan berat badan...tapi INGAT! Kalau kurus sangat pun tak baguih, sebab nanti lemah sangat dan cepat penat, serta kemungkinan tekanan darah nanti terlalu rendah...


OK saya kongsi bersama anda beberapa tip yang boleh menguruskan diet anda OK?


Tip # 1 - yang berkuasa ialah otak anda, bukan perut atau hidung anda!

Sepatutnya kita sebagai manusia dewasa hanya terasa lapar apabila badan kita memerlukan tenaga. Malangnya di alaf baru ni manusia tak tunggu lagi untuk merasa lapar sebelum nak makan. Kalau lalu dekat Haagen Daaz terliur nak makan Macademia Nut Brittle. Eleh. Macam la aiskrim tu boleh memberi anda keyakinan diri yang lebih, boleh menjadi perangsang untuk anda terus sihat....tidak beb...you MUST resist! Jangan sesekali tergoda dan terpedaya dengan bau-bauan yang enak apabila anda tengah window shopping! Kita buat macam Tiga Abdul - kita ambik bau sahaja...itu yang dinamakan ekonomi!

Kalau perut anda tiba-tiba terangsang sebab ada bauan nasi briyani yang enak walaupun anda baru sahaja makan lebih kurang sejam yang lalu, biarkan ianya menjadi bauan sahaja...buatlah adengan Tipah Tertipu dan minumlah air mati atau air mineral...walaupun kenyang air tapi nanti otak dan perut akan berkata \"ya tak ye, perut dah tak leh masuk apa-apa lagi\" Aaaaah, macam tu boleh lah anda tak makan junk food, dan jumlah kalori anda pun terkawal.

Tip # 2 - Anda tak perlu kelaparan untuk menurunkan berat badan.

Sapa la kata kalau nak kurus tu jangan makan langsung...itu sebenarnya silap paling besar anda boleh lakukan. Kalau anda tak cukup makan untuk memberikan badan anda tenaga, badan anda ni akan menyimpan segala lemak-lemak yang ada sebab dia pikiak anda akan kebuluran dan lemak harus disimpan supaya boleh ditukarkan kepada tenaga bila diperlukan. Malah, kalau anda mempunyai otot, apabila anda tidak makan, benda yang pertama yang akan hilang ialah otot anda. Hmm mulalah badan anda mirip mee goreng - lembik, tak bermaya, kedengking. Tak lawa beb.

Anda boleh makan sebanyak 6 kali dalam satu hari tapi APA yang anda makan tu penting. Kurangkan benda yang banyak karbohidrat seperti nasi, contohnya. Macam saya dulu, Isnin-Jumaat saya tak sentuh nasi, saya makan tahu la, sayur la, buah-buahan memang berkilo-kilo saya makan, dan banyak minum air, kurang minum benda yang manis-manis. Berjaya jugak lah. Tapi memang tak dinafikan cepat lapar. Masa lapar tu lah makan buah, bukannya keropok ke, lepat pisang ke, nasi lemak ke...

Tip # 3 - Jangan tak makan sarapan pagi

Tahu tak, kalau anda rasa makan sarapan pagi tu adalah langkah pertama berdiet, anda dah melakukan kesalahan? Sepatutnya anda makan lebih banyak pada waktu siang daripada di waktu malam. Kalau boleh, makan malam jangan selepas pukul 7 malam. Sebabnya, kalau anda makan sarapan pagi masa makan tengahari nanti takdelah situasi di mana mata lagi besar dari perut (ye lah, masa dah kelaparan semua benda pun kita nak). Janganlah makan nasi lemak atau mee goreng plak sebagai sarapan. Makanlah buah-buahan ke atau conrflakes lemak rendah, Minum jus buah-buahan tapi pastikan yang mempunyai kandugan gula rendah.

Tip # 4 - Sentiasa bergerak - jangan jadi pak pacak!

Kalau pemakanan dikawal tapi anda asyik duduk aje dari pejebat sampailah kat rumah menonton tv, pun takde gunanya. Punggung makin lebar ada lah...Cuba menggunakan tangga dan bukannya lif apabila sampai ke pejabat, cuba meletakkan kereta jauh sikit dari kawasan masuk opis supaya anda terpaksa berjalan jauh sedikit, cuba naik turun tangga di rumah beberapa kali apabila anda dah pulang ke rumah. Setiap pergerakan anda tu akan membakar kalori dalam badan.

Tip # 5 - Sentiasa berkompromi

Kalau anda tahu hujung minggu ni anda kena menghadiri majlis perkahwinan, pastinya anda tak boleh makan sebelum 8 malam, dan pastinya makanan tersebut berlemak, berminyak dan sebagainya - nasi minyak, pajeri, air sirap...woohoo lemak-lemak dalam badan memang suka giler sebab banyak member baru yang masuk badan kan? Oleh itu, kalau anda dah tahu Sabtu kena makan benda sebegitu, pastikan pagi Ahad tu anda membuat senaman cergas - sama ada berjogging, main tenis, badminton dan sebagainya. Dan pastikan pula pemakanan anda pada hari Ahad tu lebih terkawal...makan pulak salad dengan ayam yang tidak digoreng, buah-buahan segar dan minuman yang tak bergula. Hidup ni kan sentiasa kena berkompromi, begitu juga dengan diet - takkanlah anda tak nak makan nasi minyak plak kan...so give and take....Sama jugak dengan senaman, kalau rutin anda ke gym ialah Isnin, Rabu dan Jumaat, dan anda terlalu sibuk, untuk minggu-minggu tertentu pastikan Selasa, Khamis dan Sabtu menjadi hari anda bersenam.

Tip # 6 - tekadkan disiplin diri anda

Bulan puasa selalunya ada yang dapat menurunkan berat badan...tapi masa raya...boom! Naik balik 3 kilo yang anda dapat kurangkan masa berpuasa...tahu tak kenapa? Ramai yang tak bersenaman waktu bulan puasa...sapa kata tak leh buat? Sebelum bersahur tu pastikan anda bersenam walaupun di rumah, lepas bersahur tu plak jangan todur, sebab nanti lemak akan berkumpul di dalam badan. Ataupun, bersenam selepas terawih, apa salahnya? At least benda-benda yang ebrlemak yang anda makan semasa berbuka dapat dibakar sebelum tidur...Dan, jika anda tahu pada Hari Raya memang kena makan di rumah-rumah saudara dan rakan, pastkan anda kawal jumlah yang akan anda makan. Kat rumah si Abu makanlah lemangnya, tapi jangan ambil lebih dari 2 atau 3 keping, sebab kat rumah si Joyah plak nanti anda nak makan nasi impit, lepas tu kat rumah Aminah nanti kena makan nasi briyani...so control sikit ye...biarkan orang lain kata anda mengada-ngada nak diet waktu raya. Nanti kalau anda gemuk depa jugak orang yang sama yang cakap \"ooooi sihatnya badan kau Timah!!!!\" Bukannya depa nak tolong kita kuruskan badan nanti, betul tak?

Tip # 7 - Kalau terbabas, jangan diet dengan mendadak

Kalaulah anda terbabas dan berat badan anda naik dan bukannya menurun, JANGAN lakukan apa-apa yang drastik untuk menurunkannya. Jangan sekali-kali menggunakan pelawas untuk ke tandas dengan harapan anda boleh membuang segala lemak. Yang anda lakukan ialah menghilangkan berat badan air sahaja, dan jangan lupa bahawa badan manusia memerlukan air untuk berfungsi. Cara yang terbaik ialah untuk memulakan diet anda dari langkah pertama, dan menambahkan rutin senaman anda.


(PETIKAN DR SATU EMAIL)
Time to create page: 0.592 seconds