RESEPI MASAKAN KELOLAAN KHUMAIRA

More
18 years 1 week ago #23922 by khumaira


INTI KELAPA:

KELAPA PARUT 1/2 BIJI
GULA MERAH 1/2 CAWAN
GULA PASIR 3 SUDU BESAR
2 HELAI DAUN PANDAN
1 1/2 SUDU BESAR TEPUNG JAGUNG
1 1/2 CAWAN AIR

CARA MEMASAK:
1)PANASKN KUALI
2)MASUKN AIR
3)MASUKN GULA MERAH,GULA PASIR,DAUN PANDAN
4)MASAK HNGGA GULA HANCUR DAN MNDIDIH
5)MASUKN KELAPA
6)KACAU HNGGA SEBATI
7)PERLAHANKN API.MASUKN TPG JAGUNG.KACAU SEBATI.

SIAP DAH PUN.TUJUAN UTAMA LETAK TPG JAGUNG SBB XNK BG INTI KLAPA TU BERKECAI.
BILA CMPUR TPG DIA JADI MELEKAT SKIT.KNP PILIH TPG JAGUNG??
TPG JAGUNG NI RASA DIA SDAP DR TPG LAIN.KEBYKAN MASAKN ORG AKN TMBAH
TPG JAGUNG SBG PENAMBAH PERISA ATAU UTK MEMEKATKN KUAH.

OK.INTI KLAPA NI SELAIN DR DIBUAT INTI KUIH,UMAI MKN DGN ROTI.
BUAT SANDWICH INTI KLAPA.INTI KLAPA NI PAS MASAK,SEJUKN,SIMPAN DLM BEKAS,
TARUH DLM PETI AIS,TAHAN HNGGA 2 BLN.
SELAMAT MEMASAK...
More
18 years 1 week ago #23924 by guydacosta
waaaa... tq kak ku fro menu tomyam bersantan.... u r really my best sister i ever had.. wink*wink...

sup santan kelapa xder ek...
tp santan ni x elok kalu dimkn selalu kan... huhu~~~
More
18 years 1 week ago #23925 by khumaira


NASI KERABU PANTAI TIMUR


Bahan-bahan:

Nasi putih
[boleh juga buat nasi warna biru.. masak ngan bunga warna purple
[org kelantan yg bagi bunga ni..masak macam nasi lemak tapi
bubuh bunga purple ni, serai ketuk, bawang merah [hiris] dan garam..].

Bahan untuk Sambal Ikan :
3 ekor ikan kembung - dipanggang dan ambil isinya
1/4 kelapa parut - dijadikan kerisik
4 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
2 sm halia
2 batang serai
1 sudu teh lada hitam
1 sudu teh gula
1 sudu teh garam

Sambal Ikan :
Gaul isi ikan panggang, kerisik, bawang merah, bawang putih, serai dan halia.
Masukkan gula, lada hitam dan garam. Gaul dan kisar sehingga campuran itu lumat

Bahan untuk kuah :
4 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
20 gm belacan
10 tangkai cili kering
2 sm halia
2 cawan santan cair
1 batang serai
2 sudu teh gula
1 sudu teh garam

Cara
1. Masak santan sehingga mendidih.
2. Masukkan ramuan yang dikisar, serai, garam dan gula. Kacau hingga sebati. Biarkan ia mendidih.
3. Masukkan santan cair dan kacau. Perlahankan api.
4. Biarkan sehingga beberapa minit dan kemudian padamkan api apabila kuah pekat.


Bahan untuk ulam :
1/2 biji timun - dipotong halus
1/4 biji kobis bulat - dipotong halus
20 gm belacan
1 ikat daun kesom - dihiris halus
2 batang serai - dihiris halus
2 kuntum bunga kantan - dimayang
5 batang kacang panjang - dipotong halus
50 gm taugeh
2 sudu besar budu
2 sudu kecil lada sulah

Cara
1, Gaulkan semua ulam-ulaman.
2. Kemudian boleh hidangkan bersama nasi, sambal ikan, kuah dan budu untuk dimakan.

NOTA:
Sediakan juga keropok ikan keping yg telah digoreng...atau telur masin atau ikan goreng atau daging goreng..
More
18 years 1 week ago #23926 by khumaira


PAJERI NANAS



Bahan
1 biji nenas [potong kecil]
3 cawan santan pekat [1 biji kelapa]
1 inci halia ]
5 ulas bawang merah ] tumbuk
2 ulas bawang putih ]
1 sudu besar udang kering [tumbuk]
1 inci cm kulit kayu manis
6 sudu besar rempah kari ikan [bancuh ngan air]
4 sudu besar minyak
2 sudu besar gula merah/putih
2 sudu besar kerisik
Garam secukup rasa

Cara membuat
1. Panaskan minyak dalam periuk dan tumiskan bahan tumbuk, kulit kayu
manis dan rempah kari yang digaul dengan air.
2. Masukkan kerisik dan nenas. Kacau supaya rempah tidak melekat pada
periuk.
3. Masukkan santan dan garam serta gula merah/pasir.
4. Masak hingga kuah pekat dan naik minyak

Nota Tambahan
Selain daripada nanas, terung panjang, terung peparu, mangga atau
buah kedondong juga boleh digunakan untuk masakan pajeri.
More
18 years 1 week ago #23927 by khumaira


KEK COKLAT KUKUS


Bahan A [Kacau rata]
1 cawan susu cair
1 cawan air
1 cawan butter cair
2 cawan gula perang

Bahan B [ayakkan]
2 cawan tepung superfine
1/2 cawan serbuk koko
1 s/k baking powder
1 s/k soda bikarbonat

Bahan C [kacau rata]
1 biji telur ayam
1 s/k esen vanilla

Cara
1. Panaskan kukusan
2.2. Kacau semua bahan A supaya sama rata.
3. Masukkan bahan B dan kacau lagi.
4. Masukkan bahan C dan kacau lagi supaya tidak bergentil.
5. Lapikkan loyang dan masukkan adunan.
6. Kukuskan selama 1 jam dengan api sederhana.
7. Hiaskan dengan krim coklat

KRIM COKLAT
250 gm cooking coklat
1 s/b cocoa butter [butter]

Cara
1. Coklat dicincangkan kecil. Masukkan coklat dan cocoa-butter dalam
mangkuk bertangkai dan tahan panas.
2. Panaskan coklat dan kacau sampai coklat cair. Tutup api.
3. Kacau coklat sampai semua telah cair.
4. Bila nampak coklat agak pekat boleh sapukan atas kek mengikut suka hati.
5. Hiaskan mengikut pilihan sendiri.
More
18 years 1 week ago #23929 by khumaira


PUNCH TEMBIKAI

BAHANNYA:
buah tembikai
air gula secukup manis
pewarna merah
air secukup
ketulan ais

Cara
1. Buah tembikar dibuangkan kulit dan potong dadu kecil
2, Masukkan dalam mangkuk besar.
3. Masukkan semua bahan dan kacau rata.
4. Hidangkan.
More
18 years 1 week ago #23932 by akazukinsz
mmg kita tak tumis bwgnye. sbb mak kata laksa suppose to be one of the healthy food yg takde minyak. slalu bwg tu buat dia nye rencah je. sapa nk leh tambah, sapa takmo blh buat tak nampak.
More
18 years 1 week ago #23933 by khumaira
akazukinsz tulis:

mmg kita tak tumis bwgnye. sbb mak kata laksa suppose to be one of the healthy food yg takde minyak. slalu bwg tu buat dia nye rencah je. sapa nk leh tambah, sapa takmo blh buat tak nampak.


owh..gitu rupenye yer.ok le tu.satu kelainan yg mnjimatkn.
nnt nk try ler......:lol:
More
18 years 1 week ago #23934 by guydacosta
ni menu breakfast guy ari nie....

SANDWICH PISANG

bahan2nyer..
1 biji pisang berangan or apa2 pisang la..
4 keping roti gardenia or brand yg digemari..
hidangan utk seorang.

cara2nyer..
1. potong pisang nipis2..
2. susun elok2 pisang tu atas sekeping roti. dan...
3. sedia utk dimkn... walla..
More
18 years 1 week ago #23935 by akazukinsz
best gak resepi ko tu guy. boleh buat kat sini. ari tu dh dapat roti free. pisang ari ni menu kat kantin. leh ar aku bwk blk sebiji. (nk beli mahal...)
More
18 years 1 week ago #23972 by khumaira



AIR ASAM


Bahan A
Asam jawa [sebesar telur ayam
(direndam ? cawan air suam, buang biji)
10 cili padi kampung
1 biji tomato
1 inci belacan
1 sudu kecil kerisik
1 sudu besar gula
1 sudu kecil garam

Bahan B
2 biji tomato
1 biji bawang besar
3 biji cili hijau
2 biji cili merah
3 biji limau kasturi /limau nipis

Cara:
1. Pastikan asam jawa tiada biji.
2. Masukkan Bahan \'A\' ke dalam blender. Jangan tambah terlalu banyak air (cukup air suam yang digunakan untuk merendam asam jawa kerana nanti air asam terlalu cair).
3. Tomato dipotong dadu.
4. Bawang besar dan cili dimayangkan nipis.
5. Liamau dibelah, buangkan biji dan mayangkang halus
6. Gaulkan air asam bersama tomato dan bawang besar dengan semua bahan
More
18 years 1 week ago #23973 by khumaira



KUIH LAPIS MERAH


1 1/2 cawan tepung gandum
2 sudu besar tepung beras
2 sudu besar tepung kastad/jagung
3/4 cawan gula
4 cawan santan
1 sudu kecil garam
pewarna merah/perisa sirap ros(ikut ska nk merah terang ke)

Cara:
1. Gaulkan semua bahan A dan tapiskan.
2. Bahagikan adunan pada 2 bahagian.
3. Masukkan pewarna merah dalam 1 bahagian adunan dan biarkan warna asal/putih dalam 1 bahagian lagi.
4. Panaskan kukusan dan sapukan minyak pada loyang yg akan digunakan.
5. Masukkan 1 senduk adunan merah dan kukus selama 5 minit.
6. Lapiskan 1 senduk adunan asal/putih dan kukus semula selama 5 minit.
7. Lapiskan adunan merah dan asal/putih berselang seli sehingga adunan habis.
8. Sejukkan dan potong untuk dihidangkan.

P/S:LAPISAN PALING ATAS SLALUNYA WARNA MERAH.LAPISAN LAST NI TMBAH SKIT LG PEWARNA.BG MERAH GELAP.OK...

TUJUAN CAMPUR TPG KASTARD/JAGUNG ADALAH UTK MUDAH KITA NK TARIK SELAPIS DEMI SELAPIS LAPISANNYA WKTU MKN..KLU NK NGAP SEMUA TRUS PUN BOLE...HEHEHE
Moderators: khumaira
Time to create page: 0.529 seconds