RESEPI MASAKAN KELOLAAN KHUMAIRA

More
18 years 1 week ago #24012 by khumaira
weirdlilgurl tulis:

warghh...cedap nyaaaa cendol..tak boleh jadi ni..mesti try!!

ni nak up kan satu menu..nama nye BANANA FLOAT..sesuai utk penggemar pisang..:P

bahan2anya...
2 biji pisang(pisang yg slalu anta kat surau tu..ape ntah nama nye:P)
250ml susu rendah lemak
2 sudu makan ais krim vanilla
cip cokelat(ikut suka ati nak letak banyak mana pun)
sedikit ais ketul

caranya....
kisar pisang bersama dgn susu...
letak dalam bekas minuman..
campurkan ais ketul dan ice cream vanilla..
last skali..taburkan cip coklat di atas nye..


slamat mencuba...



ERRR...BANANA FLOAT RUPENYER CAM GINI KE????



HEHEHE...JGN MARE....GURAU JER...
More
18 years 1 week ago #24013 by khumaira
tOmPeL tulis:

Nak gak cuba menyelit kat sini...apa pun nk minta maap dulu kalau resepi ni tk berapa sedap.

Ni masakan yg selalu tOm buat/masak.

Bahan-bahannye:
1)Air paip
2)Cerek(karen/auto atau yg manual, tapi pastikan ada bunyi)
3)Dapur gas(pastikan gas ada tapi tk perlu kalau guna cerek karen)

Cara memasaknye: (menggunakan cerek biasa)
Masukkan air paip kedalam cerek sehingga ke tahap yg dibenarkan,
letakkan cerek diatas dapur gas, nyalakan api dan tunggu sehingga siren berbunyi(menandakan air dah masak)
Cara memasak mengunakan cerek karen:
Masukkan air kedalam cerek karen tersebut(berhati2 supaya air tidak terkena wayar karen/socket)ketahap yg dibenarkan,sambungkan socket kepada punca karen didinding rumah anda, \"on\"kan switch dan ia akan \"off\" sendiri apa bila air sudah masak.

Anda boleh hidangkan dgn pelbagai jenis minum kegemaran anda.

Selamat mencuba.

Hidangkan bersama milo/nescafe/kopi/teh atau apa pun yg anda suka.


ERRRR...TOM.nk tanya skit.brape lame ko perah otak ko utk cipta resepi
yg julung2 kali dpt pengiktirafan dr JBA( jabatan bekalan air) ni?

Anyway tom,thanks bg meriah suasana disini.tp klu bole,minta2 le resepi dr org umah.manatau,ade yg best2....
More
18 years 1 week ago #24014 by khumaira


PUDING WARNA-WARNI

Bahan A
1 peket agar-agar [37 gm]
[rendamkan sebelum didihkannya]
6 mug air
2 cawan gula

Bahan B
1 tin susu cair
1 cawan tepung kastad

Bahan C
1 sudu besar serbuk koko bancuh
1 sudu teh nescafe
1 sudu besar air suam

Bahan D
Pewarna merah

CARA:
1. Masak bahan A sehingga hancur.
Bila mendidih tapiskan.

2. Bancuhkan bahan B
tapiskan.
Masukkan bancuhan bahan B kedalam bahan A
kacau sehingga agak pekat.

3. Asingkan adunan pada 3 bahagian. (bekas 1,2 dan 3)

4. Bancuh bahan C,masuk dlm bekas 1.(yg telah ada bahan A&B)
(MASAK LG 5 MINIT UTK PEKATKNNYA SDIKIT)

5. Masukn bahan D kedlm bekas 2.kacau rata.

6. Bekas 3 (tidak cmpur apa2)

7. Cedok anggaran 1 senduk dari adunan bekas 1,selang seli dgn adunan bekas 2,
kemudian bekas 3.Mula semula dr bekas 1 pastu 2 pastu 3.
Lakukan hngga habis

8. Biarkn adunan keras dan sejuk sdikit.

9. Sejukkan dalam petisejuk dan boleh potong.

10.Hidangkan.Sedap dimkn wktu ia sejuk.


SELAMAT MENCUBA.
More
18 years 1 week ago #24015 by khumaira


PUDING BUAH CAMPUR [PUDING FRUIT COCKTAIL]

BAHAN:
10 gm agar2 serbuk atau 1 paket agar2 biasa [28 gram]
6 gelas air
1 1/2 cawan gula
1 tin susu cair
1 tin air buah campur dlam tin...
1 tin buah campur [untuk hiasan]

CARA:
1. Masakkan agar2 serbuk atau agar biasa bersama air sehingga mendidih.
2. Masukkan gula. Biarkan mendidih lagi. [jika gunakan agar2 biasa kena tapis]
3. Tutup api. Masukkan (air) buah campur dalam tin dan susu cair.
4. Tuangkan dalam acuan [terpulanglah nak acuan besar atau mangkuk kecil).
Bila dah sejuk masukkan dalam petisejuk.
5. Hidangkan bersama buah campur yang diasingkan tadi.


GUY,KO PUNYE MAHU LE NI.XBUAT JAGE KAU...
More
18 years 1 week ago #24016 by khumaira



ROJAK BUAH

BAHAN:
[agak-agak jer]
mangga muda
nenas
jambu batu
jambu air
sengkuang
betik muda
kedondong/amra
timun

(semua bahan, hiris kecil dan nipis]

KUAH ROJAK:

BAHAN:
15 biji cili api
tumbuk
1/2 cawan air asam jawa
pekat
1 sudu besar belacan
1 sudu besar petis udang/otak udang
1 cawan kicap lemak manis biasa
3 sudu besar gula


BAHAN TABUR:
1 sudu besar bijan
goreng tanpa minyak
1/2 cawan kacang tanah
digoreng dan dtumbuk kasar(atau beli yg segera je


CARA:
1. Kisarkn semua bahan kuah.
2. Masakkan sebentar.
3. Bila telah sejuk, taburkn kacang tanah tumbuk dan bijan.


P/S:GAUL BAHAN ROJAK DGN KUAHNYA.SEDIA UTK DINIKMATI.
More
18 years 1 week ago #24017 by khumaira



PECAL/GADO-GADO/ROJAK SAYUR

BAHAN SAYURAN:
1 ikat daun pucuk ubi
1 ikat kangkong
10 urat kacang panjang
100 gm taugeh
1 batang timun
[hiris nipis]
2 biji tauhu/taukua
[goreng dan potong nipis]
daun salad
telur rebus
ubi kentang rebus
garam

CARA:
1. Pucuk ubi, kangkong dan kacang panjang dipotong dan basuh bersih.
2. Rebuskan berasingan dengn sedikit garam sehingga lembut. Toskan.
3. Taugeh dibersihkan dan basuh. Toskan.
4. Masukkan semua bahan dalam pinggan dan sediakan kuah.

BAHAN KUAH:
1 cawan kacang tanah
1/2 cawan jus asam jawa
15 tangkai cili kering [potong dan basuh]
3 ulas bawang merah
sedikit belacan
3 sudu besar minyak
gula
garam

CARA BUAT KUAH:
1. Kacang tanah digoreng tanpa minyak. Buangkan kulitnya. Mesin kasar.
2. Panaskan minyak dan gorengkan cili kering, bawang merah dan belacan sehingga wangi.
3. Mesinkan cili kering, bawang dan belacan dengan jus asam jawa sehingga halus.
4. Gaulkan dengan kacang tanah yg telah dihancurkan.
5. Masukkan gula dan garam. Rasakan secukupnya. [jika pekat boleh tambah air sikit demi sikit]
6. Hidangkan dengan bahan sayuran.


SELAMAT MENCUBA.....
More
18 years 1 week ago #24018 by khumaira


KUAH LODEH/LONTONG


BAHAN SAYURAN:
1/2 biji kobis
[potong kecil]
5 batang kacang panjang
[potong pendek]
2 biji terung bulat/panjang
[potong kecil]
3 biji kentang
[potong kecil]
1 biji carrot
[potong kecil dan pendek]
Tauhu
[gorengkan dan potong dadu]
Tempe
[potong kecil dan gorengkan]
ubi sengkuang
[potong pendek dan kecil]
cili merah
[hiriskan]
bawang besar
[mayangkan/hiris bulat]
suhun dan fucuk
[rendamkan supaya lembut]

BAHAN KISAR:
5 biji cili merah + ciliapi sikit
5 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
3 tangkai serai
1 inci lengkuas
1 inci kunyit hidup

BAHAN LAIN:
1 biji kelapa [amik 5 cawan santan]
250 gm udang basah
minyak [tumis]
garam

CARA2NYA:
1. Panaskan minyak dan tumiskan bahan kisar sehingga wangi.
2. Masukkan udang, santan dan sayuran yg keras dan biarkan sehingga lembut.
3. Bila dah lembut masukkan sayuran lain dan garam.
4. Bila dah lembut dan rasakan garamnya.
5. Hidangkan dengan serunding daging atau rendang ayam dan juga sambal
kuah kacang.


INI PEBRET UMAI.WAT SARAPAN BEST NI...
ALAMAKKK...KENA WAT NI.DH KECOR AIR LIUR....
  • weirdlilgurl
  • New Member
  • New Member
More
18 years 1 week ago #24025 by weirdlilgurl
Replied by weirdlilgurl on topic Ruj:RESEPI MASAKAN KELOLAAN KHUMAIRA
IKAN MASAK SWEET SOUR

Bahan2nya....
Ikan (ikut suka la nak ikan siakap ke,kerapu ke,bawal ke)
1/4 cawan sos cili(anggaran 1 senduk le)
1/2 cawan sos tomato (anggaran 2 senduk)
2@3 sudu besar sos tiram
4 ulas bawang besar di tumbuk lumat
3 ulas bawang putih di tumbuk lumat
1 inci halia
putih telur
tepung jagung
minyak
air
garam
gula
nenas,carrot,tomato(di buang biji),....di potong kiub

Cara2nya...
1.salutkan ikan bersama putih telur dan tepung jagung..perap dalam 15 min..
2.goreng hingga garing dan ketepi kan
3.tumis bawang merah,bawang putih dan halia hingga naik bau
4.masukkan semua sos sos tadi dan sedikit air
5.masukkan jugak nenas,carrot,tomato..make sure jgn terlampau lama..nanti lembik
6.last skali boleh la taruh garam dan gula..sedia utk di tabur atas ikan tadi..

*nak taruh mcm2 bahan pun boleh..antara nye..cili benggala,kobis bunga,timun yg di buang biji...aper2 je la..asalkan sesuai..

yummy yummy!!!...
More
18 years 1 week ago #24030 by guydacosta
thanks for the resepi kak ku...
i will try later... okies.. dun worry

haa guy nk tanya nie... cendawan goreng tu kan...
cam ne nk kasi dia ranggup...dan x melekat2..
guy buat x jadi la... dia melekat2 dan menjadikan ianya too oily...
so.. ada tepung khas ke untuk cendawan goreng nie or trick nk goreng dia...
or cam ne ek????
More
18 years 6 days ago #24042 by khumaira
guydacosta tulis:

thanks for the resepi kak ku...
i will try later... okies.. dun worry

haa guy nk tanya nie... cendawan goreng tu kan...
cam ne nk kasi dia ranggup...dan x melekat2..
guy buat x jadi la... dia melekat2 dan menjadikan ianya too oily...
so.. ada tepung khas ke untuk cendawan goreng nie or trick nk goreng dia...
or cam ne ek????


P/S:KAK KHU KLAU NK GORG PE2,NK BG TPG GORG RANGUP LAMA SKIT,
KAK KHU GUNA TPG BERAS,SECUBIT GARAM DAN SECUBIT SERBUK KUNYIT.
BANCUHAN TPG BG PEKAT SKIT.API NK GORG TU JGN TRLALU BESAR DAN JGN
TRLALU KECIL.OK,GUY.GOOD LUCK!

,



MEMG SDAP CENDAWAN GRG NI.MAKANAN DIET...
More
18 years 6 days ago #24043 by khumaira


BISKUT DAHLIA

BAHAN:
225 gm butter
110 gm gula ising
1 biji kuning telur
1/2 sudu kecil esen vanilla
70 gm tepung jagung
120 gm tepung kastad
170 gm tepung rose/tepung gandum
ceri merah sebagai hiasan

CARA:
1. Gaulkan butter dan gula ising sebati.
2. Masukkan telur dan esen vanilla. kacau rata.
3. Ayakkan semua tepung dan masukkan dalam bancuhan butter sedikit demi sedikit.
4. Gunakan acuan dahlia dan pamkan dalam loyang.
5. Letakkan ceri merah ditengah adunan yg dipamkan.
6. Bakar dalam oven suhu 170\'c selama 15 - 18 minit.
7. Sejukkan betul dan simpan dalam balang kedap udara.

SELAMAT MENCUBA
More
18 years 6 days ago #24044 by khumaira


DONUT

BAHAN A:
600 gm tepung gandum
100 gm tepung naik sendiri
100 gm gula
30 gm susu tepung
1 sudu kecil garam
11 gm [ 1 paket] yis mauripan

BAHAN B:
1 biji telur--- [pukul sikit]
330 ml air suam
60 gm majerin
1 sudu kecil bread softener

BAHAN C:
[untuk goreng donut]
500 ml minyak
1 sudu besar majerin

Cara
1. Gaulkan semua bahan A supaya sama rata.
2. Masukkan pula bahan B dan adun sebati.
3. Perapkankan selama 1 jam atau sehinga naik sekali ganda.

4. Ambil adunan dan canaikan supaya rata. Terapkan dengan acuan donut.
5. Biarkan donut naik lagi selama 20 - 30 minit.
6. Panaskan bahan C dan masukkan donut . Perlahan api.

7. Goreng donut sehingga kuning keemasan.
8. Angkat dan golekkan dalam gula kastor. Hidangkan.

Nota:
SEWAKTU MNCANAI DOH,PASTIKN TANGAN SENTIASA ADA TEPUNG SUPAYA ADUNAN
X MELEKAT DI JARI.
Moderators: khumaira
Time to create page: 0.471 seconds